Akibat gagal menjelaskan bayaran sewa rumah, penyanyi dari Indonesia, Tegar Septian mendedakan dia terpaksa keluar dari tempat tinggalnya.

Menerusi beberapa hantaran di IG Stories, Tegar menjelaskan dia berhadapan masalah kewangan sehingga menyebabkan dia gagal membayar sewa rumah yang turut didiami oleh kedua ibu bapanya.

“Aku harus gimana lagi, aku harus bayar sewa rumah.

“Aku kesian sama orang tua aku kalau aku tak boleh bayar, orang tua aku mahu tidur di mana, keluarga aku Ya Allah,” kongsinya.

Sementara itu, pelantun lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang itu turut berkongsi tangkap layar perbualan bersama ibunya melalui aplikasi Whatsapp yang menyatakan wanita itu tidak makan sejak beberapa hari.

“Mama minta duit daripada semalam, mama belum makan sumpah,” kongsinya.

Dalam pada itu, bekas peserta Big Stage 2022 itu juga menjelaskan antara sebab dia berdepan masalah tersebut adalah disebabkan dirinya sering ditipu dan tidak menerima bayaran royalti daripada kerja seninya.

“Maaf bukanya apa,kenapa aku begini kerana aku selalu saja kena tipu. Semoga kaliam faham apa maksud aku. Royalti pun aku belum dapat sepenuhnya,” tambahnya.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!