Aktres popular Hollywood, Gal Gadot selamat melahirkan cahaya mata ketiganya Selasa lalu.

Berita gembira itu dikongsi oleh pelakon filem Wonder Woman ini menerusi akaun Instagram miliknya.

Gal Gadot dan suaminya Yaron Varsano, memilih nama Daniella Varsano untuk bayi perempuan mereka itu.

"Keluarga saya yang saya sayangi, saya sangat bersyukur dan gembira.

"Kami dengan penuh rasa teruja mengalukan kedatangan Daniella sebagai anggota baru keluarga kami.

"Saya harap anda semua sihat dan gembira di luar sana," tulisnya sebagai kapsyen.

A post shared by Gal Gadot (@gal_gadot)


Sekadar info, Gal Gadot dan Yaron Varsani berkahwin pada September 2008.

Hasil perkongsian hidup, mereka sebelum ini sudah memiliki dua lagi cahaya mata perempuan iaitu Alma, 9, dan Maya yang kini berusia 4 tahun.