Tempatan
Galeri Gambar - Mazda CX30, Cantik Sungguh Lihat Depan Mata!
Selepas dibuka untuk tempahan bulan lalu, SUV kompak, Mazda CX-30 akhirnya dipamerkan untuk orang ramai.
Buat anda yang mahu melihatnya, ia kini dipamerkan di dua pusat pameran Mazda iaitu di Petaling Jaya dan Glenmarie bermula awal minggu ini.
Dari segi saiznya, ia berada di posisi di tengah-tengah antara model CX-3 dan CX-5, sekali gus memberi pelbagai pilihan kepada peminat SUV di Malaysia.
Ia juga bukan untuk menggantikan model CX-3, tetapi versi tambahan bagi keluarga SUV Mazda di Malaysia. CX-30 juga bakal memberi saingan kepada beberapa model lain seperti Toyota C-HR dan Subaru XV.
Rekaannya, turut menerapkan rekaan KODO yang begitu menarik dengan penampilan hadapannya tidak jauh berbeza dengan SUV lain Mazda seperti CX-3, CX-5 dan CX-8, tetapi bahagan belakang CX-30 kelihatan sedikit berbeza.
Ruang dalamannya boleh dikatakan lebih ‘relax’ yang mana ia memberi keselesaan kepada empat penumpang dewasa, selain ia direka untuk memberi pemanduan yang lebih mudah untuk parkir. Pada masa sama, penglihatan pemandu juga lebih jelas kerana kedudukannya yang tinggi.
SUV kompak itu diimport sepenuhnya dari Jepun itu yang ditawarkan dengan tiga varian membabitkan Mazda CX-30 2.0L (2WD), Mazda CX-30 2.0L High (2WD) dan Mazda CX-30 2.0L Diesel High (2WD).
Ia juga didatangkan dengan tujuh pilihan warna seperti merah, kelabu, perak, hitam, biru, putih mutiara dan kelabu metalik.
Dari segi kuasa, difahamkan enjin 2.0 liter petrol menyalurkan kuasa maksimum 163hp dan tork mencecah 214Nm. Bagi enjin diesel 1.8 liter pula, ia dikatakan mampu menjana kuasa sekitar 114hp dengan tork puncak 270Nm antara 1,600 sehingga 2,700rpm. Kuasa daripada kedua-dua enjin itu disalurkan ke menerusi kotak gear automatik enam kelajuan.
Bagi varian tertinggi CX-30, ia dilengkapi ciri Mazda i-ActivSense dengan brek kecemasan autonomi, adaptive cruise control dan banyak lagi.
Harga dan varian adalah seperti berikut:
- Mazda CX-30 2.0L (2WD) – RM143,119
- Mazda CX-30 2.0L High (2WD) – RM164,119
- Mazda CX-30 2.0L Diesel High (2WD) – RM173,027
Must-Watch Video