Beberapa keping foto dan video kebakaran di salah sebuah premis pusat membeli belah Mid Valley Megamall tular di laman sosial.

Menerusi laporan The New Straits Times, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8.30 malam semalam.

Kebakaran dikatakan berpunca dari mesin fax sebuah premis yang terlatak di tingkat tiga pusat membeli belah tersebut.

Bagaimanapun api dapat dikawal dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Sementara itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran tersebut pada pukul 8.24 malam dan tiba di tempat kejadian kira-kira 14 minit kemudian (8.38 malam).

“Kami menerima maklumat tentang kebakaran tersebut menerusi panggilan telefon daripada orang awam yang menyedari loceng amaran kebakaran berbunyi di pusat membeli belah terbabit.

“Menerusi pemeriksaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati api berpunca daripada sebuah bilik yang terletak di premis, tingkat tiga dan semuanya dalam keadaan terkawal,” katanya.

Dalam pada itu saksi di tempat kejadian memberitahu The New Straits Times, seorang wanita pengsan di koridor selepas cuba menyelamatkan diri untuk keluar dari premis tersebut.

“Mungkin kerana dia panik selepas mendengar loceng amaran kebakaran berbunyi,” katanya.
Wanita tersebut dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan lanjut.

Beberapa keping foto dan video yang tular sejak semalam ketika kejadian berlaku:





Sumber Berita/Foto/Video: The New Straits Times