Laman Utama

Ganjaran RM3,000 Ditawarkan Jika Individu Simbah Cat Pada Kucing Dikesan

gempak
Izwan Isa
01/10/2023
23:50 MYT
Sponsor Banner
Ganjaran RM3,000 Ditawarkan Jika Individu Simbah Cat Pada Kucing Dikesan

Persatuan Haiwan Malaysia melalui Malaysia Animal Crime Transparency (MyAct) menawarkan ganjaran RM3,000 kepada sesiapa yang menyalurkan maklumat dengan pembuktian lengkap, jelas dan sah mengenai individu yang menyimbah cat putih ke atas seekor anak kucing seperti yang tular di media sosial.

Memetik Harian Metro, Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Arie Dwi Andika berkata, ganjaran tunai itu diberikan sekiranya penganiaya haiwan terbabit berjaya ditangkap, didakwa dan dibuktikan bersalah oleh mahkamah.
"Perbuatan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah mengancam nyawa kucing itu memandangkan cat adalah bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan kucing jika kucing menjilat badannya.
"Saksi kejadian atau penduduk Gombak boleh tampil menyalurkan aduan mengenai kejadian kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan ini ke hotline Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) di talian WhatsApp 0105394749," katanya.
Difahamkan, anak kucing itu ditemui di sebuah universiti awam di Gombak, Selangor.
Kes boleh disiasat mengikut Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 kerana mendatangkan kemudaratan kepada kucing dengan peruntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda maksimum RM100,000 jika didapati bersalah.
Terdahulu, tular mengenai keadaan kucing itu yang dipenuhi cat putih selepas ia dimuat naik oleh seorang pengguna akaun platform X @izzat_bashir. Menerusi hantaran itu, pengguna akaun berkenaan juga sudah menyerahkan anak kucing itu kepada polis bantuan.
Dalam masa sama, pengguna akaun itu juga turut memuat naik keadaan terkini kucing yang diberi nama Meow itu selepas dibersihkan.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live