HIBURAN
Gara-Gara Bawa Watak H*mos*ksual Dalam ‘Seribu Tahun’, Zarif Ghazi Hampir ‘Tutup Telefon’ Sebab Diserang Netizen - “Ada Yang Bertanya Adakah Saya…”
Pelakon meningkat naik, Zarif Ghazi akui menerima mesej daripada netizen sejurus mengetahui dia memainkan watak Dr. Fakhrul dalam drama Seribu Tahun.
Menurut Zarif, rata-rata yang menghubunginya cuba mengetahuinya adakah dia sebahagian daripada komuniti sonsang.
“Ada yang kacau, hampir dua hari saya nak tutup telefon tapi netizen sekarang sudah pandai dan tahu kenapa cerita-cerita sebegini dikeluarkan. Meskipun ia bukan cerita sebenar namun mereka tahu isu ini ada di Malaysia.
“Tapi memang ada yang bertanya kepada saya adakah saya sebahagian daripada karakter itu, jadi saya balas apa yang berlaku adalah sekadar lakonan sahaja,” katanya.
Meskipun mengetahui karakter itu akan memberi impak dalam hidupnya, anak jati Johor ini menjelaskan dia mempunyai sebab mengapa menerima tawaran tersebut.
Jelas Zharif, sebagai pelakon dia bukan sahaja mahu menghiburkan penonton namun dia juga mahu menyampaikan mesej menerusi lakonannya.
“Sebab apa saya amik watak itu adalah kerana pengarah saya, Budak Ijat. Bagi saya dia selalu mengeluarkan karya yang melibatkan isu semasa namun jalan cerita yang dia ketengahkan penonton boleh terima.
“Saya juga ambil watak ini kerana saya suka berlakon tapi dalam masa yang sama saya boleh menyampaikan mesej.Sebab kalau kita lihat, perkara ini memang berlaku di Malaysia, ada yang berkahwin sebab nak menutup aib,” jelasnya.
Pada masa sama, Zharif juga berkongsi pengikutnya mula naik selepas drama itu mula ditayangkan di kaca TV.
Must-Watch Video