Laman Utama

Gara-Gara Bertengkar Dengan Mentua, ‘Siti Nurhaliza’ Jakarta Dipukul Suami!

gempak
Hanafis Haris
05/07/2021
14:00 MYT
Sponsor Banner
Gara-Gara Bertengkar Dengan Mentua, ‘Siti Nurhaliza’ Jakarta Dipukul Suami!

Nama penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza secara tiba-tiba meledak di ruang media sosial.

Semuanya gara-gara kes membabitkan pergaduhan antara suami isteri yang berlaku di Jakarta Indonesia.

Menerusi laporan media, seorang lelaki di Sumatera Selatan didakwa memukul isterinya yang bernama Siti Nurhaliza, 22, selepas wanita itu bertengkar dengan ibunya, baru-baru ini.

Tertuduh, Nopiyan Syahri, 26, telah menyebabkan Siti Nurhaliza mengalami lebam pada bahagian kiri pipinya.

Menurut pihak polis, kejadian dikatakan berlaku apabila suspek tidak boleh menerima pertengkaran yang berlaku antara isteri dengan ibunya.

“Mangsa mendakwa telah dipukul enam kali oleh suaminya. Semuanya selepas kejadian bertikam lidah dengan ibu mentuanya.

“Kepala wanita itu dihentak ke lantai sehingga menyebabkan pipi kiri mengalami lebam teruk,” kata kenyataan itu.

Menurut polis lagi, suspek sudah pun ditahan selepas pihaknya menerima maklumat daripada keluarga mangsa bahawa suspek melarikan diri dari kediaman selepas insiden berkenaan.

“Suspek bekerja di sebuah ladang ternakan Kelurahan Terawas Kecamatan STL Ulu Terawas, Kabupaten Mura.

“Suspek didakwa di bawah undang-undang Keganasan Rumah Tangga, Kanun 40 ayat 1, No. 23, Tahun 2004.” katanya.

Sumber: Suara Sumsel

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live