BERITA
Gara-Gara Enggan Mandi, Bapa Tiri Tergamak Tetak Kepala Anak Usia Enam Tahun
Seorang lelaki tergamak menetak kepala anak tirinya yang berusia enam tahun hanya kerana mangsa enggan mandi dan terus bermain bersama rakan-rakannya di kawasan kejiranan mereka di Batam, Kepulauan Riau.
Kecederaan serius di bahagian kepala
Mangsa, Muhammad Saputra Ginting, kini sedang dirawat dalam berada dalam keadaan parah di Hospital Casa Medika Panbil selepas mengalami kecederaan serius di bahagian kepala selain kesan lebam di tubuh.Kejadian berlaku di rumah mereka yang terletak di kawasan penempatan Ruli Kampung Madani, ketika ibu mangsa dilaporkan tiada di rumah.
Naik angin anak enggan mandi
Menurut pihak polis, suspek yang dikenali sebagai Rahman Saputra, bekerja sebagai pengamen atau penyanyi jalanan.Pada hari kejadian, suspek dipercayai naik angin apabila mangsa tidak mengikut arahannya untuk mandi dan terus bermain di luar rumah.
Dalam keadaan marah, suspek bertindak memukul mangsa berkali-kali menggunakan batang penyapu.
Tidak cukup dengan perbuatan itu, dia kemudiannya mencapai sebilah parang dan menetak kepala kanak-kanak tersebut sehingga menyebabkan luka yang dalam dan berdarah.
Polis Batam telah menahan lelaki terbabit tidak lama selepas menerima laporan daripada jiran yang mendengar jeritan dan tangisan mangsa.
Menurut siasatan awal, mangsa dipercayai telah lama menjadi mangsa penderaan fizikal, namun kejadian kali ini adalah yang paling serius sehingga memerlukan rawatan segera di hospital.
Kes ini kembali membuka mata masyarakat terhadap isu penderaan kanak-kanak yang semakin membimbangkan di Indonesia, khususnya dalam kalangan keluarga tiri atau berpecah.
Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan lanjut dan suspek berdepan dakwaan mencederakan kanak-kanak di bawah penjagaannya yang boleh membawa hukuman berat.
Sumber: SINAR HARIAN
Must-Watch Video