Nusantara
Gara-Gara Hina Kemaluan Bekas Isteri Berbau Ikan Masin, Pelakon Bakal Dipenjara Selama 6 Tahun
Pelakon Indonesia, Galih Ginanjar akan berdepan dengan hukuman penjara maksimun selama enam tahun kerana didakwa mencemarkan nama baik bekas isterinya, aktres Fairuz A Rafiq.
Menerusi sebuah program talkshow yang disiarkan di laman YouTube, Galih dikatakan telah memburukkan nama baik Fairuz dan didakwa menceritakan hal peribadi secara terbuka dengan menceritakan aibnya ketika mereka masih bergelar suami isteri, lapor CNN Indonesia.
Fairuz membuat laporan polis selepas Galih secara terbuka bercerita kepada hos Rey Utami serta penonton lain mengenai hubungan seks antara mereka hanya bertahan selama 15 minit sahaja.
Lebih memburukkan keadaan, Galih mengaibkan Fairuz dan mendakwa kemaluan bekas isterinya berbau seperti ikan masin!
Ekoran berang dengan dakwaan terbabit yang mengaibkan Fairuz, seluruh keluarga wanita itu marah dan bertegas untuk memanjangkan perkara ini ke muka keadilan.
Sedikit info mengenai Galih, dia merupakan pelakon Indonesia yang dikenali menerusi gandingannya bersama Cinta Laura dalam sinetron Cinderella (Apakah Cinta Hanyalah Mimpi?) pada 2007.
Fairuz pula merupakan anak kepada penyanyi dangdut popular Indonesia, A. Rafiq dan aktif sebagai pelakon, model dan penyanyi.
Galih dan Fairuz dinikahkan pada 5 Mac 2011 namun bercerai pada tahun 2014 dan dikurniakan seorang anak, King Faaz Arafiq yang lahir pada tahun 2012.
Pada tahun 21 Mei 2017, Fairuz kembali menjadi isteri kepada pelakon Sonny Septian.
Sumber: CNN Indonesia
Must-Watch Video