Meskipun berhadapan pandemik COVID-19, anugerah berprestij, Asian Academy Creative Awards (AAA) telah mengumumkan Pemenang Nasional 2020 (2020 National Winners) secara maya hari ini.

Dalam sistem penilaian AAA, setiap program telah dinilai di negara asal yang menyertai dan hanya satu sahaja dari setiap kategori akan mewakili negara masing-masing dalam kemuncak anugerah itu pada Disember nanti.

Lebih mengujakan, Astro telah memenangi dua kategori dalam 2020 National Winners menerusi filem The Garden of Evening Mists (Best Feature Film) dan Pusaka (Best Trailer).

Antara filem lain yang disenarai pendek dalam kategori Best Feature Film adalah Mariposa (Indonesia), Stranger's House (Myanmar), Hello Love Goodbye (Filipina) dan Dear Orange (Taiwan).

Untuk kategori Best Trailer pula, filem dari negara lain yang turut disenarai pendek adalah The Kintsugi of Broken Families (Hong Kong), Pretty Little Liars (Indonesia) dan The Driver (Singapura).

Kemuncak AAA dan Gala Final akan ditayangkan secara 'live stream' pada 3 dan 4 Disember 2020 nanti, semoga dua filem dari Astro melakar kejayaan!