Hiburan

Gaun Cate Blanchett Di Festival Filem Cannes Tarik Perhatian

Asyikin Mayudin
21/05/2024
07:25 MYT
Bukan semua selebriti terkenal menjadi sasaran gerakan Blockout 2024 di negara luar.
Ada sebilangan yang tidak gentar menyebarkan mesej keamanan buat rakyat Palestin dan pembebasan negara mereka daripada cengkaman rejim Zionis.

Salah seorang daripadanya ialah pelakon terkenal dari Australia, Cate Blanchett.

Malah kemunculan Cate di karpet merah Festival Filem Cannes yang sedang rancak berlangsung di Perancis sempena tayangan perdana filem baharu lakonannya, The Apprentice mendapat perhatian ramai.
Mengetahui impak kemunculannya di karpet merah berkenaan, Cate mengambil peluang untuk menyarungkan busana satin rekaan Jean Paul Gaultier Couture dengan aksesori Louis Vuitton pada bahagian bahunya.

Tanda Solidariti Kepada Palestin

Menariknya, Cate secara ‘halus’ menyampaikan tanda solidaritinya kepada rakyat di Palestin menerusi pemilihan warna gaun terdiri daripada hitam pada bahagian hadapan dan hijau pada sebelah dalam gaun yang dapat dilihat setiap kali ia diselak.
Dari beberapa sudut, jelas Cate mewakili warna-warna bendera Palestin apabila bergambar di atas karpet merah yang terbentang.
Tambahan pula, Cate adalah Duta Muhibah untuk Agensi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian.

BERITA TRENDING: Tunjuk Solidariti Buat Palestin Di Majlis Graduasi Di NYU, Netizen Bangga Dengan Anak PMX

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adidas Mohon Maaf Pada Bella Hadid - "Kami Melakukan Kesilapan Yang Tidak Disengajakan"

gempak
25/07/2024
02:30 MYT
Syarikat pakaian sukan berpangkalan di Jerman, Adidas memohom maaf kepada supermodel terkenal berdarah campuran Palestin, Bella Hadid.
Hiburan

Diperakui Badan Antarabangsa, Fazura Akan Terus Bersuara Isu Negara Palestin - “Itu Adalah Jihad Kecil Saya..”

gempak
23/07/2024
16:00 MYT
Seringkali aktif dalam menyuarakan hal berkaitan negara Palestin, pelakon Fazura tidak terkesan sekiranya kurang mendapat tawaran bekerjasama jenama internasional.
Gaya Hidup

Digugurkan Dari Kempen Kasut Retro, Bella Hadid Upah Peguam Saman Adidas

gempak
22/07/2024
10:25 MYT
Supermodel terkenal berdarah campuran Palestin, Bella Hadid dilaporkan mengupah sepasukan peguam untuk menyaman syarikat pakaian sukan berpangkalan di Jerman, Adidas.
Gaya Hidup

Adidas Gugurkan Bella Hadid Daripada Kempen Kasut Retro Munich 1972

gempak
19/07/2024
16:55 MYT
Adidas pada Jumaat menggugurkan model pro-Palestin, Bella Hadid, daripada kempen pengiklanan untuk kasut retro Olimpik Munich 1972, yang dibayangi oleh pembunuhan beramai-ramai atlet Israel.
Viral

Peniaga Vietnam Halau Pelancong Israel - “Kami Hanya Terima Manusia, Anjing & Kucing Sahaja”

gempak
04/07/2024
00:55 MYT
Seorang peniaga di Vietnam meraih perhatian netizen selepas rakaman video yang memperlihatkan dirinya mengusir satu keluarga yang didakwa berasal dari Israel viral di media sosial.