Memenuhi citarasa terkini wanita yang mahukan gaya mewah namun masih mengekalkan ciri-ciri anggun, jenama Leeyana Rahman tampil dengan koleksi terbaharu Leeyanarahman Speciale sempena Aidilfitri 2017.

Menerusi koleksi Leeyanarahman Speciale, penegasan warna primer seperti hijau, biru dan merah menjadi fokus dalam penghasilan busana kali ini.

Koleksi itu tambah menawan apabila disuntik perincian floral dan batuan jemeki tiga dimensi bagi melengkapi ciri mewah.

Beberapa fabrik bercetak floral, corak abstrak dan garisan kesan berus turut dipadankan dalam koleksi tersebut.

Selain Leeyanarahman Speciale, koleksi pastel Leeyanaraya 2017 turut disediakan sebagai alternatif untuk nampak lebih sederhana.

Penggunaan warna-warna asas pastel dilengkapi perincian meneguhkan mood musim panas/bunga tahun ini.

Astro Gempak berkesempatan melihat sendiri koleksi Leeyanarahman Speciale dan Leeyanaraya ketika pertunjukan fesyen Leeyana Rahman 2017 di Pejabat Kereta Api Tanah Melayu, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jom layan gambar-gambar menarik koleksi Leeyana Rahman Speciale 2017.











Teks oleh: Amri Hassan