Trend Pasaran "Gaya Pembaca Berita Masih Ada" - Titah Ucapan Tengku Permaisuri Selangor Ubat Rindu Rakyat Amri Hassan 03/04/2019 | 10:52 MYT ? 1 April 2019 ~ TITAH UCAPAN TAHNIAH OLEH DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN SEMPENA HARI ULANGTAHUN RTM KE-73 ✨ Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan Ulangtahun RTM yang ke-73. Saya mendoakan semoga RTM terus menjadi stesen penyiaran yang dihormati dan disegani oleh sekalian rakyat. Bukan mudah untuk RTM mengekalkan reputasi dan pencapaian terbaik sejak mula ditubuhkan, namun sehingga kini segala usaha dan komitmen yang ditunjukkan setiap warga kerjanya telah membuahkan hasil dan menempatkan RTM sebagai penyiar terunggul di negara ini. Sebagai antara bekas kakitangan RTM yang pernah berkhidmat selama 20 tahun, RTM dan seluruh warga kerjanya di Angkasapuri telah saya anggap sebagai keluarga kerana sepanjang tempoh saya berkhidmat, ianya dipenuhi dengan pelbagai pengalaman dan kenangan yang tidak akan saya lupakan. Selepas ini, saya ingin melihat RTM terus komited dan relevan berpaksikan prinsip-prinsip dan etika-etika penyiaran selaras dengan peredaran zaman dan sentiasa menyalurkan berita-berita serta informasi yang tepat dan saksama kepada para penonton dan pendengar. Saya turut ingin mendoakan agar seluruh warga kerja RTM sentiasa dikurniakan dengan kesihatan yang baik supaya dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi. TAHNIAH SEKALI LAGI RTM UNTUK 73 TAHUN YANG CEMERLANG! A post shared by SelangorRoyalOfficial (@selangorroyalofficial) on Apr 1, 2019 at 5:57pm PDT Topik Berkaitan #Tengku Permaisuri Selangor #Pembaca Berita #Tengku Permaisuri Norashikin Must-Watch Video Read more