gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Sokong Impian Anak Perempuan Nak Jadi ‘Baker’, Aeril Zafrel & Wawa Hadiahkan ‘Chiller’ - “Dia Memang Minat…”
RANCANGAN
GMW Giveaway: SOUNDLOUD PROJECT 2025
RANCANGAN
GMW Giveaway: Ada Apa Dengan Melly..? PROM NITE
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
GEGAR VAGANZA 11

Gegar Vaganza 11: Syafinaz Bangga Dengan Persembahan ‘Bertenaga’ Zehra Zambri - “Ini Baru Standard GV”

gempak
Asyraf Roslan
30/01/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
Gegar Vaganza 11: Syafinaz Bangga Dengan Persembahan ‘Bertenaga’ Zehra Zambri - “Ini Baru Standard GV”

Juri tetap Gegar Vaganza 11 (GV11), Datuk Syafinaz Selamat meluahkan rasa bangga dengan persembahan Zehra Zambri untuk minggu Rockdut.

Jelas Syafinaz apa yang dipersembahkan oleh Zehra adalah ‘standard’ yang dimahukan oleh program Gegar Vaganza.
“Bila saya tengok persembahan Zehra tadi, baru saya rasa ini adalah pertandingan.
“Apa yang dia buat adalah standard Gegar Vaganza.

“Macam tak sangkalah, sebab kalau kita lihat persembahan dia membawakan dua genre berbeza dan kita dapat dengar tone dia pun berbeza. Jadi dia tunjuk dua-dua itu dan apa yang dia buat ini sesuatu yang bukan dia,” ujarnya.

Pada masa sama, Syafinaz tidak menolak bahawa Zehra selama ini berhati-hati dalam membuat persembahan.

Sebagai juri, Syafinaz atau lebih mesra disapa sebagai Tok Naz meminta agar mana-mana peserta untuk tidak ‘menyimpan taring’ semasa dalam pertandingan.
Jelasnya perbuatan itu boleh menyebabkan mereka tersingkir terlalu awak sekiranya peserta lain memberikan persembahan yang terbaik minggu demi minggu.
“Bahaya simpan-simpan taring ini sebab anda boleh terkeluar, kalau ikut markah beberapa minggu lepas dia (Zehra) hampir terkeluar.
“Kalau ada GV lagi setiap peserta kena hati-hati kalau ada terfikir untuk tarik-tarik break sebab takut anda akan terkeluar jadi mereka sebenarnya perlu ada satu spot yang selesa untuk mereka,” ujarnya.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.

Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.

Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).

Topic Berkaitan
Must-Watch Video