Skip to main content

Hiburan

“Ini Pengajaran Besar Buat Saya” - Zahirah Macwilson Minta Maaf

“Ini Pengajaran Besar Buat Saya” - Zahirah Macwilson Minta Maaf

Sekilas

  • Zahirah MacWilson memohon maaf secara terbuka atas hantaran Instagram Story yang menyinggung perasaan komuniti Kristian berkaitan sambutan Halloween, Krismas, dan Easter.
  • Pelakon itu mengakui hantaran tersebut dibuat tanpa pertimbangan dan berjanji untuk lebih berhati-hati sebagai figura awam dalam menghormati kepelbagaian budaya dan agama.
  • Zahirah berterima kasih kepada semua yang memberi teguran dan berjanji untuk belajar serta memperbaiki diri selepas insiden tersebut.
Advertisement

Pelakon, Zahirah MacWilson tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan hantaran Instagram Story miliknya yang menyentuh mengenai sambutan Halloween, Krismas dan Easter sehingga mengundang rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat, khususnya komuniti Kristian.

Menerusi satu video permohonan maaf, Zahirah mengakui hantaran tersebut dibuat tanpa pertimbangan sewajarnya dan menyedari ia boleh menyinggung perasaan pihak lain.

Advertisement

"Assalamualaikum, hai semua. Saya ingin tampil di sini dan membincangkan hantaran cerita Instagram saya baru-baru ini mengenai Hari Halloween, Krismas, dan Easter, serta memohon maaf sedalam-dalamnya dan seikhlas hati tanpa sebarang syarat.

"Terutamanya kepada komuniti Kristian saya yang amat terguris dan terluka dengan apa yang telah dimuat naik.

"Tidak lama selepas memuat naiknya pagi semalam, saya menerima satu atau dua mesej langsung (DM) dalam masa sejam dan saya terus memadamkannya kerana saya sedar betapa menyinggung perasaannya kepada orang ramai, yang mana ia sama sekali bukan niat saya," katanya.

Advertisement

Dalam masa sama, Zahirah menegaskan dia menghormati kepelbagaian budaya, agama dan kepercayaan yang menjadi sebahagian daripada masyarakat.

Mengakui kenyataannya tidak tepat serta tidak sensitif dari sudut budaya, Zahirah turut menyedari tanggungjawabnya sebagai seorang figura awam untuk lebih berhati-hati ketika menyentuh perkara berkaitan kepercayaan dan tradisi.

"Saya faham bahawa kenyataan saya adalah sama sekali tidak tepat, tidak sensitif dari segi budaya, dan sama sekali tidak wajar, dan sebagai seorang figura awam, saya sepatutnya lebih berhati-hati dan prihatin terhadap apa yang saya katakan, terutamanya apabila ia menyentuh hal-hal berkaitan akidah dan tradisi.

"Saya mengambil akauntabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang telah diucapkan, dan saya benar-benar, benar-benar memohon maaf atas kejahilan saya.

"Saya komited untuk mendengar, belajar, dan bermuhasabah agar saya boleh menjadi lebih baik, dan saya berterima kasih kepada semua pihak yang telah menegur saya, semua yang telah menghantar mesej kepada saya, baik positif mahupun negatif, terima kasih banyak-banyak, saya terima semua," ujarnya.

Zahirah turut berterima kasih kepada semua pihak yang tampil memberikan teguran, termasuk mereka yang menghantar mesej sama ada positif mahupun negatif.

"Dan sekali lagi, saya benar-benar, amat memohon maaf atas kenyataan tersebut, dan ini merupakan satu pengajaran yang sangat besar buat saya. Terima kasih," tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement