,
Laman Utama

Gelabah Tak Tahu Nak Handle Kucing Dalam Kereta Masa Balik Kampung Nanti, Ikut 3 Langkah Mudah Ni!

Amri Hassan
27/04/2022
14:39 MYT
Pasti ramai fur parents yang akan membawa bersama kucing pulang ke kampung untuk menyambut lebaran tidak lama lagi.
Tapi mungkin ada yang tidak tahu, perjalanan balik kampung yang jauh boleh menyebabkan si bulus juga stress dan bosan apabila terlalu lama.
Jadi, apa kata korang ikut langkah-langkah yang dikongsikan oleh akaun TikTok @cats_hometown ini tentang tatacara membawa kucing di dalam kereta.
1. Puasakan kucing 12 jam
- Pertama sekali puasakan kucing lebih kurang 12 jam sebelum bergerak.
- Hal ini kerana kalau perut kucing tengah penuh, ia akan cepat merasa mual atau loya. Jadi ia akan muntah.
- Sebagai persediaan anda boleh letak sekali potty pad di dalam kereta.
2. Prepare treats
- Cara kedua boleh sediakan treats dalam bentuk stick.
- Makanan stick boleh diberikan kepada kucing kalau nampak seperti ia tengah meragam atau moody.
3. Sediakan calming spray atau catnip
- Produk tersebut punyai bau tersendiri yang boleh menenangkan kucing.
- Seeloknya diberikan kepada kucing apabila ia tengah moody atau stress.
- Catnip terdiri daripada bentuk dry leaves dan bentuk spot on untuk dititikkan di bahagian tengkuk atau belakang telinga kucing.
- Calming spray pula boleh dispray pada kucing atau ada yang boleh dispray di carrier atau tilam.
@cats_hometown Siapa nak bawak kucing balik beraya?? Haaa dah tau belum apa nak kena buat untuk control kucing time travel nanti tu.. share video ni kalau korang rasa ia bermanfaat #catsoftiktok #pawparent #kucingtiktok #fypシ #kucingraya #catshometown #infokucing #catsvideo ♬ Acoustic guitar live performance Gentle and nimble in nature(1007339) - Melonest
Jadi, sudah bersediakah korang untuk membawa kucing kesayangan masing-masing balik beraya bersama-sama tahun ini?
Tahukah anda si comel kesayangan anda juga boleh menikmati manfaat insurans seperti insurans manusia? Menerusi Oyen Pet Insurance, anda bakal mendapat perlindungan yang pantas, tuntutan yang mudah dan nilai perlindungan tinggi. Ketahui lebih lanjut tentang tawaran Oyen Pet Insurance https://www.oyen.my/campaign/astro
Setiap pembelian, anda akan dapat hadiah istimewa pouch Oyen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tom Holand Sah Kembali Jadi Spider-Man: “Saya Tidak Sabar”

gempak
24/10/2024
03:45 MYT
Tom Holand akhirnya mengesahkan akan kembali bermain dalam saga ke empat Marvel yang cukup ikonik dengan dirinya, Spider-Man.
Hiburan

"Saya Sendiri Rasai Pengalaman" - Ella Puji Rawatan Hormon Skyhill Clinic, Tak Mustahil Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

gempak
23/10/2024
18:30 MYT
Penyanyi Ella berkongsi pengalamannya menjaga dan melakukan rawatan hormon di Skyhill Clinic sejak beberapa tahun lalu.
Viral

Dibayar RM60, Dibelasah Jika Tolak Melacur! Imigresen Selamatkan 7 Wanita Dari 'Kapten' Bangladesh

gempak
23/10/2024
15:25 MYT
Imigresen menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki dipukul jika enggan melacur, dalam serbuan di sebuah premis kedai dua tingkat di Klang, Isnin lalu.
Viral

Influencer Buka Cerita Peluk Islam - "Bila Tengok Kawan Solat, Ambil Wuduk, Saya Lebih Tertarik"

gempak
23/10/2024
14:02 MYT
"Saya tak pernah menyangka akan memeluk Islam lebih-lebih lagi dalam usia muda tapi bersyukur kerana Allah SWT buka hati untuk terima hidayahNya."
Viral

Buat Hal! Pelancong China Lastik Haiwan Di Zoo, Netizen Panas Hati

gempak
23/10/2024
13:25 MYT
Seorang pelancong China menerima kecaman orang ramai kerana melastik seekor badak air popular dalam kejadian di sebuah zoo di Thailand, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
BorakSeeni