Konsert kelima Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) telah berlangsung dengan meriah di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil malam tadi.
Bertemakan Gema Berganda, 8 bintang GGV2 menyampaikan lagu nyanyian asal terbaik mereka yang semestinya menggamit memori penonton.
Tiada bintang yang tersingkir pada minggu ini.
Adeep Nahar yang menyampaikan lagu Untukmu Ibu pula dipilih sebagai pemenang Anugerah Gema Kasih kategori gema paling bergema atas persembahan yang memukau.
Pemenang menerima wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Beauty Kaseh. Setiap minggu, hadiah akan disalurkan kepada badan amal atau individu yang memerlukan.
Manakala, In Team pertama kali diumumkan sebagai juara Gema Star Of The Week minggu lalu hasil undian peminat.
Semua peserta GGV2 memberikan saingan sengit membuatkan juri tetap Farihin Abdul Fattah, Oki Setiana Dewi dan juri jemputan Datuk Wah Idris sukar untuk menentukan siapa yang layak berada di kedudukan pertama.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:
Adeep Nahar & Mamat Exist - Untukmu Ibu (87.67%)
"Adeep buat saya menangis. Saya tak tahu kenapa, saya rasa masuk ke hati saya. Adeep tutup penampilan dengan sangat baik," - Oki Setiana Dewi
Awi Rafael & Nora Ariffin - Kaulah Segalanya (81.33%)
"Penampilan anda mengingatkan saya dengan Joe Cocker! Lagu ini tentang empati nasib Rohingya, idea dan mesej yang bagus. Tone suara Nora masuk dengan apa mesej yang disampaikan," - Farihin Abdul Fattah
"Penampilan sangat indah," - Oki Setiana Dewi
Fitri Haris & Lan Solo - Hati Emas (81.17%)
"Persembahan yang unik dan menarik. Suara anda hebat dan lebih hebat apabila bersatu dengan suara Lan Solo. Konsep cantik, lagu pun kena," - Datuk Wah Idris
In Team & Lah Ahmad - Flying Without Wings (81.17%)
"Suka dengan konsep anda, satu kesatuan indah!" - Oki Setiana Dewi
"Opening simple tapi epik! Sangat besar pada maknanya. Ini kaedah dakwah sangat berkesan. Overall the air feel with love. Mesej clear dan semua rasa kecintaan," - Farihin Abdul Fattah
Heliza & Hazwani Helmi & Mirwana - Bila Waktu Telah Berakhir (70.67%)
"Kalian selalu menampilkan stage act unik dan luar biasa. Saya kagum dengan suara Hazwani membaca ayat suci al-Quran," - Oki Setiana Dewi
Mestica & Acong - Mentari Merah Di Ufuk Timur (69.33%)
"Lagu ini sangat memuncak dengan perasaan gerun dan anda berjaya membawa kegerunan itu. Dinamik anda cukup bagus," - Farihin Abdul Fattah
Brothers & Man Bai - Bukan Kerana Nama (68%)
"Lebih bagus kalau ayat Al-Hujurat ditilawahkan. Saya suka kostum putih, ia menggambarkan suci bersih. Stage act simple tapi bagus," - Oki Setiana Dewi
Devotees & Hazami - Tekad (62.67%)
"Pemilihan lagu besar, suara lead merdu. Harmonization kurang sikit, keseluruhannya bolehlah tahan. Penampilan hebat," - Datuk Wah Idris
GGV2 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).
Konsert minggu keenam GGV2 bakal membawa tema Gegar Gema Impian dan 8 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu GGV2 atau ingin mendapatkan segala informasi mengenai GGV, klik ---> GemaGegarVaganza.
Teks oleh: Amri Hassan
Amri Hassan
Sat Apr 28 2018
Bukan Hanya Dirinya, Hos Elly Sugigi Dakwa Ramai Artis Popular Pakai Susuk
Hos Elly Sugigi tanpa berselindung mengaku memasang susuk pada dirinya sebagai salah satu cara menjadi ‘pemikat’ dalam dunia hiburan Indonesia.
Ibu Sahkan Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung
Ibu kepada Allahyarham Nabil Zamanhuri iaitu Fatimah Abdullah mengesahkan anak lelakinya meninggal dunia akibat serangan jantung.
Ibu Solat Hajat, Bapa Ziana Zain Video Call Mahu Lihat Baju & Solekan
Penghibur Ziana Zain mendapat kejutan apabila menerima panggilan video daripada bapanya, Zain Abdullah menerusi adik, Anuar Zain sewaktu membuat persembahan pada Ziana Zain Konsert 2024 di Mega Star Arena.
Boboiboy Berterima Kasih Nabil Zamanhuri Pernah Pinjamkan Suara
Animonsta Studios Sdn Bhd (Monsta) yang menerbitkan siri animasi, BoboiBoy merakamkan ucapan takziah kepada keluarga di atas pemergian penyanyi, Nabil Zafril Zamanhuri pada pagi Ahad.
Tindakan Dua Wanita Langkah Kubur Dirujuk Jakim, Mufti
Tindakan dua wanita melangkah kubur yang tular di media sosial akan dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Mufti.
Peminat Cipta Rekod Menonton The Experts 9 Kali Di Pawagam Dalam Tempoh 4 Hari!
Peminat setia filem tempatan, Chee Chi Wai berpuas hati dengan kualiti dan jalan cerita menarik yang ditampilkan dalam filem terbaharu terbitan Astro Shaw, The Experts.
"Arwah Alami Kekejangan Lepas Solat Subuh" - Isteri Nabil Zamanhuri
Isteri kepada bekas pengacara dan penyanyi, Nabil Zamanhuri, Adelia Citra Hapsari, 36 memaklumkan suaminya itu dipercayai mula menunjukkan tanda kurang baik ketika selesai untuk menunaikan solat subuh, pagi tadi.
Cara Semakan Keputusan SPM 2023 Yang Akan Diumumkan Esok!
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bakal diumumkan pada Isnin, 27 Mei 2024.
Taman Hiburan Terbakar, Ragut 27 Nyawa Di India... Ramai Kanak-Kanak
Kebakaran di sebuah taman hiburan di Bandar Rajkot, Gujarat sebuah negeri di barat India pada Sabtu meragut 27 nyawa, termasuk ramai kanak-kanak.
Artis & Pendakwah Bersatu Tunjuk Sokongan Untuk Palestin Melalui Malaysia4Palestine
Soladiriti artis dan pendakwah Malaysia untuk Palestin.