Skip to main content

Berita Tempatan

Gempa Bumi Landa Sumatera Utara, Gegaran Turut Dirasai Di Malaysia

astrogempak_gempa.png

Gempa bumi bermagnitud 5.6 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Mandailing Natal, Sumatera Utara, Indonesia, pada 6:23 pagi waktu tempatan.


Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) mengesahkan kejadian itu menerusi satu hantaran di platform X.

Advertisement


BMKG melaporkan, kedalaman pusat gempa tersebut adalah 109 kilometer.


Bagaimanapun, pihaknya menyatakan bahawa gempa tersebut tidak berpotensi menyebabkan ancaman tsunami.


Gegaran turut dilaporkan dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, terutamanya di Lembah Klang.

Sumber: Astro AWANI

Must-Watch Video