Laman Utama

Gempa Bumi Turkiye, Syria: Angka Maut 7,900, Bayi Bertali Pusat Selamat & Masjid Jadi Tempat Berlindung

gempak
Maliah Surip
08/02/2023
04:55 MYT
Sponsor Banner
Gempa Bumi Turkiye, Syria: Angka Maut 7,900, Bayi Bertali Pusat Selamat & Masjid Jadi Tempat Berlindung
Bencana gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria terutama di wilayah selatan Turkiye Kahramanmaras di Daerah Pazarcik pada Isnin masih menjadi tumpuan dunia.
Sehingga hari ketiga selepas bencana menggoncang Turkiye dengan magnitud 7.8, pelbagai peristiwa berlaku termasuk angka kematian dilaporkan meningkat kepada 7,900 orang.
Pihak berkuasa tempatan mencatatkan sebanyak 5,894 mangsa maut di Turkiye manakala 1,932 kematian pula di Syria.
Ini menjadikan angka kematian mencecah 7,900 dan pihak berkuasa menjangka akan menemukan banyak lagi mayat yang masih terperangkap di celah celah runtuhan.
Sementara itu, antara kisah yang mencuri tumpuan dunia dalam usaha misi menyelamat adalah penemuan seorang bayi dengan bertali pusat yang masih hidup di Jindayris, Syria.
Bayi tersebut ditemui dibawah runtuhan, bersebelahan ibunya yang telah meninggal dunia. Malah saudara mara kepada ibu malang tersebut mengesahkan seluruh anggota keluarga bayi itu maut dalam bencana tersebut.
Seorang wanita, Gulumser, 54, ditarik dan diselamatkan dalam keadaan masih hidup selepas tertimbus di bawah runtuhan bangunan lapan tingkat selama 32 jam selepas bencana.
Penyelamat juga memberitahu seorang wanita menjerit kepada mereka: “Bapa saya ada di dalam bilik di belakang anda menemui wanita itu. Tolong selamatkan dia.”
Tidak hanya itu, lantaran banyak mangsa yang kehilangan tempat tinggal, pintu masjid dibuka buat mereka berehat sementara mendapatkan bantuan yang sepatutnya tiba di Syria.
Melewati waktu genting dan cukup menyayat hati ini, Presiden Turkiye, Tayyip Erdogan mengisytiharkan darurat tiga bulan di 10 wilayah paling teruk terjejas.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live