Filem
"Gempak Macam Cerita Luar Negara!" - Ramai Tak Sabar Nak Tonton Sangkar, Filem Aksi MMA Pertama Di Malaysia!
Meskipun filem Sangkar masih belum menjengah pawagam, peminat sudah memberikan pelbagai respon positif terhadap filem aksi tersebut selepas menonton trailer di YouTube sejak semalam.
Ada peminat yang menyifatkan filem arahan Khabir Bhatia ini setaraf dengan filem antarabangsa dan ada yang memuji kualiti karya pengarah tersebut.
"Gempak!! Macam cerita luar negara..Jom support filem tempatan," kata seorang warganet.
"Filem dari seorang pengarah bernama Khabir Bhatia Insya-Allah tidak menghampakan," tulis seorang peminat.
"Gempak sangat ni," tulis netizen di YouTube Astro Shaw.
Filem Sangkar menampilkan bintang popular tanah air seperti Zul Ariffin, Remy Ishak dan Mira Filzah sebagai teraju utama.
Sangkar yang bakal ditayangkan pada 29 Ogos ini bukan sekadar memaparkan aksi sukan seni bela diri campuran (MMA), malah turut menyajikan mesej keagamaan dan kekeluargaan yang dapat dijadikan pengajaran untuk semua penonton.
Selain itu, Sangkar turut melakar sejarah dalam industri perfileman tanah air kerana diterbitkan oleh empat syarikat perfileman tempatan iaitu Infinitus Gold, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment.
Sekarang, mari kita sama-sama saksikan trailer filem Sangkar yang Gempak rasakan betul-betul hebat!
Must-Watch Video