,
Laman Utama

#GempakKeliwon: Gelak Tak Ingat Dunia Jumpa Kawan, Masuk Toilet Dengar Suara Mengilai

Mya Amri
14/10/2021
13:20 MYT
Benarlah seperti kata orang tua-tua, gelak-gelak limau manis lama-lama menangis.
Itulah yang situasi yang aku pernah alami dan sehingga kini tak boleh nak dilupakan. Memang jadi sejarah hidup.
Imbas balik apa yang jadi, memang betul kalau lupa diri boleh bawa keburukan walaupun hanya sekadar jumpa rakan-rakan baik.
Masih segar diingatan, sewaktu kami bertemu memang tak ingat dunialah cerita dia. Manakan tidak, dekat dua tahun tak bertemu dek kerana kesibukan kerja masing-masing dan kebetulan pada hari itu semuanya free.
Kami mula keluar pagi dan balik lewat petang. Nak dijadikan cerita, kami pula jenis happy go lucky, lagi-lagi dapat pula berkelah dekat tampat air terjun kan.
Rasa seronok itu tidak perlu dipertikaikan lagi, buat bbq, mandi-manda, borak-borak. Bukan main galak lagi kami ketawa.
Petang itu selesai mandi-manda, kami singgah di rumah Nina memandangkan dia pun duduk sendirian.
Sampai rumah Nina pun sudah hampir manghrib jadi aku meminta izin untuk bersihkan diri. Waktu itu aku dah mula rasa tak sedap badan.
Masuk sahaja bilik mandi, aku terpandang tingkap bilik air yang terbuka sedikit, namun aku tak terfikir apa-apa.
Namun sebaik sahaja aku mula membuka paip air untuk mengambil wuduk dalam kepala aku entah kenapa teringat-ingat lagu Cindai dan juga Seharum Bunga.
Aku cuba sehabis baik untuk alihkan tumpuan dengan memikirkan tentang perkara lain namun tak menjadi.
Tiba-tiba aku terdengar orang mengilai betul-betul dekat bahagian tingkap tandas. Memang menjerit lah aku! Muka tak payah cakap, pucat lesi, dan aku menggigil takut.
Aku tersentak selepas dengar ketukan bertalu-talu di pintu tandas. Aku keluar dan terus jatuh terduduk, tanpa sedar aku mengalirkan air mata, mungkin kerana terlalu takut dan terkejut.
Kawan-kawan yang lain terus memapah aku duduk disofa. Rupanya kata Nina, sewaktu aku masuk ke tandas tadi, azan sedang berkumandang sebelum mendengar jeritan aku.
Selepas daripada kejadian itu, aku memang lebih berhati-hati. Nak gelak over pun terfikir dua tiga kali, lagi-lagi bila berada di kawasan yang berhutan.
Sebab itu sebelum keluar, orang-orang tua mesti ada pesan “keluar tu baik-baik, jangan nak gelak-gelak sangat. Balik sebelum maghrib.”
Kita tidak tahu kemungkinan yang berlaku atau ada yang ‘mengikut’ pulang. Apa pun aku bersyukur sangat kerana tidak mengalami gangguan lain.
Kredit foto: nerdist.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

#GempakKeliwon: Jumpa Gumpalan Rambut Dalam Makanan, Nampak Kelibat Sana Sini! Rupa-Rupanya...

gempak
19/10/2023
15:30 MYT
Seram
Laman Utama

Pocong Intai Bella Astillah Dari Celah Pokok Kelapa Sawit - "Dia Macam Jenguk Kita..."

gempak
05/10/2023
14:50 MYT
Seramnya...
Laman Utama

#GempakKeliwon: Kena Sorok Mat!

gempak
26/07/2023
06:52 MYT
Laman Utama

#GempakKeliwon: Simpang Jalan Misteri Di Melaka

gempak
11/07/2023
09:02 MYT
Laman Utama

#GempakKeliwon: Kawan yang tak diundang? | Bahagian 1

gempak
21/06/2023
04:11 MYT
BorakSeeni