Skip to main content

Hiburan

Tutup Rembayung 6 Hari Nak Bagi Staf Pulang Beraya, Khairul Aming Dipuji Netizen

Khairul Aming

Sekilas

  • Khairul Aming mengumumkan penutupan restoran Rembayung selama enam hari bermula 19 Mac untuk memberi peluang pekerja pulang beraya Aidilfitri.
  • Pengumuman dibuat sendiri oleh Khairul melalui Threads dengan penjelasan mengenai tujuan penutupan tersebut.
  • Netizen memuji sikap prihatin Khairul terhadap pekerja dan menganggapnya sebagai majikan idaman.

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Khairul Aming meraih pujian selepas mengumumkan penutupan restoran perusahaannya iaitu Rembayung selama enam hari bermula 19 Mac bersempena perayaan Aidilfitri.

Berita itu diumumkan sendiri oleh Khairul yang mesra disapa KA menerusi Threads.

Perjelas KA, penutupan itu dibuat bagi memberi ruang kepada pekerja Rembayung untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

“Restoran akan ditutup selama enam hari bagi memberi ruang untuk staff pulang beraya ke kampung masing-masing.

“Reservation masih dibuka jam 9 malam setiap hari di UMAI untuk tarikh dua minggu ke depan dan dua hari ke depan. Terima kasih,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap prihatin dan tolak ansur yang ditunjukkan KA kepada para pekerjanya.

Bukan itu sahaja, ada juga yang berseloroh mahu bekerja dan bermajikan orang seperti Khairul Aming.

“Enam hari cuti, memang dream companylah under KA.

“Hebatlah KA ni, bukan sebab deliver servis bagus tapi part handle customer experience tu pun bagus.

“Bestnya jadi staf KA,” tulis netizen.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

ULTRA 6 MATCH FG/AG Football Boots

ULTRA 6 MATCH FG/AG Football Boots

Uniqlo AIRism Cotton Oversized Crew Neck T-Shirt | Half Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Oversized Crew Neck T-Shirt | Half Sleeve

Kurta Patih Kosong Relaxed Fit

Kurta Patih Kosong Relaxed Fit

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

Kemeja Batik Kelantan

Kemeja Batik Kelantan

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Must-Watch Video

Advertisement