,
Laman Utama

#GempakMemilih2020: “Alhamdulillah, Tuhan Masih Bagi Kekuatan” - Beri Nabila Razali Peluang Kedua

Azwa Rahman
24/12/2020
01:35 MYT
Menjadi seorang figura yang sentiasa diperhatikan gerak-gerinya tidak mudah apatah lagi kini mata-mata netizen begitu cekap ibarat kamera CCTV. Betul atau salah, apa sahaja bahan boleh dijadikan buah mulut.
Namun bagi pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali, 28, atau lebih mesra disapa sebagai Bella, dia percaya apa sahaja yang berlaku pada tahun ini pasti ada hikmahnya.
Daripada tidak dapat membuat persembahan ketika pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35), aktiviti seni terjejas gara-gara pandemik COVID-19 serta impian 2020 yang sepatutnya sudah terlaksana, Bella optimis untuk melangkah ke tahun 2021.
“Pandemik ini mengajar Bella erti sabar, matang, berfikiran positif dan berhati-hati dalam setiap benda yang Bella buat.
“Alhamdulillah, setiap tahun Bella sentiasa meletakkan satu matlamat yang nak dicapai tetapi tahun ini tak dapat dilaksanakan. Tapi itu tak bermaksud Bella kuburkan impian tu.
“Sudah pasti Bella akan membawanya ke tahun hadapan, harapnya dipermudahkan Insya-Allah. Sepanjang Bella berkecimpung dalam industri ni, walaupun masih baru tapi Bella bersyukur dan happy dengan peningkatan dari tahun ke tahun seterusnya,” jelasnya ketika dihubungi Gempak menerusi kiriman WhatsApp.
Bercerita mengenai kejayaan lagu Peluang Kedua hasil ciptaan Hael Husaini dah MFMF yang meledak tahun ini, tidak keterlaluan kalau Gempak simpulkan lagu itu sebagai ‘Song of The Year 2020’.
“Semua cerita mengenai Peluang Kedua buat Bella tersenyum. Dari awal dapat lagu, proses rakaman, video muzik, hinggalah ke pencalonan SFMM35.
“Bagi Bella, Peluang Kedua ini adalah hadiah terindah buat Bella dan semua peminat yang sentiasa menyokong tak kira di saat Bella di bawah mahupun di atas,” ujarnya lagi.
Lagu Peluang Kedua juga memberi tamparan pada Nabila apabila ada sesetengah pihak yang mempertikaikan kemampuannya untuk menyanyikan lagu tersebut secara langsung.
Sehingga perlu meminta maaf dan mengakui dirinya gugup dan kurang latihan gara-gara terkucil, Nabila menerima kecaman yang hebat daripada netizen.
“Bella terima apa juga yang dilontarkan tetapi dengan penggunaan bahasa yang berhemah. Baru berjinak dalam industri ni, boleh dikatakan pelbagai tomahan Bella terima.
“Kadang buat Bella sedih juga. Tapi Bella sentiasa berpegang pada niat untuk berada dalam industri.
“Bella hanya mengambil pendapat yang boleh dijadikan motivasi diri untuk jadi lebih baik bukan pendapat yang tak berasas dan tiada isi.
“Alhamdulillah buat masa sekarang, Tuhan masih beri kekuatan untuk harungi apa jua yang dilontarkan kepada Bella,” katanya lagi.
Mahu menerokai bidang yang lebih mencabar iaitu cubaan ke layar perak dan industri makanan, Nabila berharap pandemik segera berakhir dan semua rakyat Malaysia boleh kembali melakukan aktiviti harian seperti biasa.
“Bella nak juga cuba terlibat dalam dunia perfileman. Buat masa sekarang belum ada sebarang tawaran lagi tapi kalau ada, tercapailah sebahagian hasrat 2021 Bella.
“Selain itu, insya-Allah Bella akan mula menceburi bidang perniagaan khususnya dalam F&B. Semoga semuanya permudahkan dan mendapat sokongan semua.
Melakar banyak kejayaan dan masih tersenyum di sebalik pelbagai rintangan yang dihadapi, selayaknya Nabila Razali diangkat menjadi salah seorang individu yang menyerlah bagi tahun 2020.
Semoga tahun 2021 membawa sinar harapan buat semua rakyat Malaysia. Tetapkan apa sahaja impian anda, realisasikannya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tengah Sarat Mengandung Pun 'Power', Netizen Puji Nyanyian Nabila Razali - “Ni Lagi Better Daripada...”

gempak
15/11/2024
06:50 MYT
Penyanyi Nabila Razali sekali lagi mencuri tumpuan apabila muncul di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-39, malam tadi.
Hiburan

Ikut Petua Orang, Janna Nick Pernah Minta Nabila Razali Pijak Ibu Jari Kaki - "Saya Terdesak Nak Baby"

gempak
06/11/2024
18:55 MYT
Penyanyi, Nabila Razali memberikan kata-kata semangat buat aktres, Janna Nick yang meluahkan rasa kecewa selepas menerima komen jahat netizen yang menuduh suaminya iaitu aktor Dini Schatzmann terlebih hormon perempuan.
Hiburan

Luahan Janna Nick Buat Ramai Rakan Selebriti Sebak - “Mulut Orang Memang Jahat, Tolong Kuat & Teruskan Berdoa"

gempak
06/11/2024
01:25 MYT
Video pelakon Janna Nick meluahkan rasa sedih apabila menerima komen netizen yang menuduh suaminya iaitu aktor Dini Schatzmann terlebih hormon perempuan turut membuatkan rakan selebriti berasa sebak.
Berita

Bunuh Kerat Lapan, Bekas Banduan Akhir Insaf, Mahu Berbakti

gempak
21/10/2024
01:50 MYT
Pembunuhan yang dilakukan dengan mengerat mangsa kepada lapan bahagian sesuatu yang amat dahsyat dan tidak boleh dimaafkan, malah amat disesali Khairul Anuar Zakaria, 64.
Hiburan

Nampak Berseri-Seri, Peminat Teka Jantina Anak Sulung Nabila Razali - “Tengok Perut Tu Macam…”

gempak
15/10/2024
01:19 MYT
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali sekali lagi mencuri perhatian di media sosial, baru-baru ini.
Unitar