,
Berita

#GempakMemilih2020: Cik B, Cetak Sejarah Sendiri: "Haters You Can Hate Me"

Maliah Surip
20/12/2020
06:50 MYT
Beberapa tahun silam, 'watak' Cik B hanya dikenali sebagai anak seorang usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida. Naif dan keanak anakannya terserlah dalam banyak video yang dimuat naik oleh usahawan tersebut, dahulu.
Sosok tubuhnya yang gempal dan warna kulitnya yang gelap sempat dipersenda.
Namun, beberapa bulan sebelum tahun 2020 ditutup, nama Cik B mula menjadi sebutan dan disukai.
Tahun 2020 boleh disifatkan sebagai tahun paling menyerlah Cik B. Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen Muhamad Amin mencuba hampir semua bidang seni ; dari menyanyi, berlakon termasuk menyertai sebuah program lawak, Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) yang sedang berlangsung saat ini.
Di antara ketiga tiga bidang yang diceburinya dan mendadak membuahkan hasil itu. kata Cik B, dia paling suka menyertai pertandingan lawak.
"Saya suka melawak sebab dari kecil, itu saya (pelawak)," katanya dalam pertemuan bersama Gempak, semalam.
Sambungnya: "Menyanyi pun saya suka. Berlakon agak susah untuk saya hafal skrip."
Bicaranya tersusun dan sempat bertanya: "Okay tak kak jawapan saya?".
Itu antaranya dirujuk kepada bagaimana dia melihat 2020 'bersahabat' dengannya.
"2020 tahun yang bermakna buat saya. Banyaknya tercetak sejarah bagi tahun ini," katanya berhati hati.
Meski demikian, gadis yang baru menginjak usia 15 tahun ini mengaku segala pencapaian dalam bidang seni yang sedang didakinya kini membawa dirinya terbang tinggi ; biar tidak pernah lagi diiktiraf.
Pun profilnya dibentuk sudah lewat single dan muzik video Tolonglah sempat 'menundukkan' lagu milik pesohor Siti Nurhaliza, Kuasa Cintamu sewaktu dilancarkan di YouTube awal bulan ini.
Memang, suaranya sempat dikritik sumbang, bakatnya pun bukan seperti keluar dari institusi seni tersohor, namun Cik B memikat hati banyak orang melalui sikap sederhana dan apa adanya.
"Sebenarnya sejak kecil saya pemalu. Saya pun tak nak masuk dalam bidang seni, sebab saya tak yakin dengan diri dan sangat insecure. Tapi akhirnya saya buka mata, saya ada peluang untuk majukan diri. Sekarang saya teruskan peluang itu," katanya lagi.
Biar sempat dituduh netizen 'kaya bolehlah', selamba Cik B balas balik: "Mama kaya sebab kerja. Cik B pun kerja. Bukan duduk rumah goyang kaki dengki dengan orang."
Malah katanya, sebagai manusia, jangan terlalu suka menjatuh hukum, mengecam.
Ditanya apa pesan yang ingin disampaikan kepada haters, kata Cik B bijak: "Haters, you can hate me."
"Tapi kalau kita jadi orang, jangan simpan dengki pada saya. Eloklah simpan, awak jaga hati awak, tapi jangan sakitkan hati orang lain.
"Buang sifat dengki dan jangan rasa sakit dengan orang lain."
Naif, selamba, jujur percaya pada rezeki, berdikari dan mantap mental bila dicaci, kerana itu #GempakMemilih2020: Cik B.
Dan untuk pengetahuan, anda juga boleh undi selebriti yang lain dalam kategori Individu TerGempak 2020 (klik link ini)
Kredit Foto: @pinography
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Unitar