Memanaskan semula makanan sudah menjadi kebiasaan dan sebahagian cara hidup kita. Demi mengelak pembaziran biasanya lebihan makanan malam, makanan yang telah lama dibeli atau makanan yang disimpan dalam peti sejuk, dipanaskan semula.

Nampak mudah. Masukkan dalam ‘microwave’, set waktu, dan panaskan. Sekelip mata, seperti makanan yang baru.

Namun tahukah anda tidak semua makanan bagus untuk dipanaskan semula, malah akan menyebabkan keracunan makanan!

Berikut merupakan 6 makanan yang bahaya jika dipanaskan semula.

#1 Saderi, Bayam, Ubi Bit

Haba boleh menyebabkan zat nitrat daripada sayur-sayuran ini mengubah sifat-sifat karsinogenik toksik terutamanya pabila ia dipanaskan untuk kali kedua. Oleh itu, sebaiknya keluarkan makanan ini dari senarai apa sahaja makanan yang ingin dipanaskan semula.

#2 Cendawan

Secara umumnya, cendawan, perlu dimakan segera sejurus selepas siap dimasak. Protein dalam cendawan boleh hilang sebaik sahaja ia dipotong, dan itu berita buruk untuk perut anda.

#3 Telur

Memanaskan semula protein ini apabila ia sudah direbus atau dimasak boleh menjadi toksik, dan boleh mendatangkan kesan buruk dalam sistem pencernaan anda.

#4 Kentang

Kentang sedikit rumit jika dibiarkan sejuk pada suhu bilik dan ia perlu disejukkan dengan segera kerana suhu panas boleh menggalakkan pertumbuhan botulisme, bakteria yang jarang berlaku.

Botulisme tidak boleh dibunuh dengan cepat di dalam ketuhar gelombang mikro, jadi sebaiknya sejukkan dengan segera untuk elak sebarang masalah dengan pemanasan semula.

#5 Nasi

Bagaimana ia dismpan sebelum dipanaskan boleh menyebabkan masalah. Menurut Agensi Piawaian Makanan, "Beras yang tidak masak boleh mengandungi spora bakteria yang dapat menyebabkan keracunan makanan.

Apabila beras dimasak, spora dapat bertahan, kemudian, jika beras ditinggalkan pada suhu bilik, spora akan berkembang dan boleh menghasilkan racun yang menyebabkan muntah atau cirit-birit. Pemanasan semula nasi tidak akan menghilangkan racun ini. ".

#6 Ayam

Komposisi protein dalam ruji makan malam sebenarnya berubah ketika ayam yang telah dimasak dipanaskan untuk kedua kalinya. Ia sebenarnya boleh menyebabkan masalah pencernaan, jadi jika anda lebih suka memanaskan daging anda, pastikan ia dimasak dengan teliti - bahagian dalamnya harus benar-benar panas!