Skip to main content

Hiburan

SINAR Himpun Hampir 1,000 Peserta Menerusi KITA FM Run, Bakal Raih Malaysia Book Of Records

SINAR Himpun Hampir 1,000 Peserta Menerusi KITA FM Run, Bakal Raih Malaysia Book Of Records

Sekilas

  • SINAR berjaya menghimpunkan hampir 1,000 peserta dari Perlis dan Kedah dalam program KITA FM Run yang mempromosikan gaya hidup sihat.
  • Program ini menjadi platform untuk merapatkan hubungan antara pendengar dan penyampai serta menyemarakkan semangat muhibbah dalam komuniti.
  • Kejayaan ini direkodkan dalam Malaysia Book of Records sebagai larian komuniti terbesar anjuran stesen radio di Malaysia.
Advertisement

Stesen radio di bawah Astro Audio, SINAR melakar sejarah apabila berjaya menghimpunkan hampir 1,000 peserta menerusi program KITA FM Run yang berlangsung meriah di Wilayah Utara melibatkan penyertaan menyeluruh dari negeri Perlis dan Kedah, baru-baru ini.

Antara yang menyertai program berkenaan termasuk kanak-kanak, golongan muda, keluarga serta warga emas yang bersama-sama menyahut kempen gaya hidup sihat.

Advertisement

Menurut pengurus Jenama SINAR, Zureen A endi, pihaknya sangat berbangga dengan sambutan yang diberikan pendengar terhadap inisiatif berkenaan.

“Kami di SINAR amat terharu dan berbangga dengan sambutan luar biasa daripada warga Perlis dan Kedah pada hari ini. Kehadiran hampir 1,000 pelari dari pelbagai peringkat umurdaripada anak muda hinggalah ke golongan warga emas benar-benar membuktikan bahawa platform SINAR bukan sahaja menghiburkan menerusi corong radio, malah berupaya menjadi penggerak utama dalam menyatukan masyarakat melalui gaya hidup sihat dan aktif.

“Program KITA FM Run ini dianjurkan khusus untuk merapatkan jurang silaturahim antara pendengar dan penyampai, sekaligus menyemarakkan semangat ‘muhibbah’ yang menjadi teras kepada komuniti kita.

“Melihat senyuman, tenaga, serta semangat juang setiap peserta di garisan penamat tadi adalah satu kepuasan yang tidak ternilai bagi kami. Kejayaan ini membuktikan bahawa semangat kecergasan dan perpaduan di Wilayah Utara adalah sangat luar biasa, dan kami di SINAR berasa berbesar hati kerana dapat menjadi medium yang menyatukan tenaga ini.

“Ini adalah kejayaan kita bersama, dan kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan padu yang tidak berbelah bahagi daripada semua pihak,” katanya.

Lebih istimewa, edisi kali ini bakal direkodkan dalam Malaysia Book of Records sebagai penganjuran larian komuniti terbesar di Malaysia bagi kategori anjuran stesen radio.

Pencapaian itu sekali gus membuktikan keupayaan SINAR menghimpunkan komuniti dalam jumlah besar menerusi program yang dianjurkannya.

Sebagai penghargaan kepada peserta yang menyertai larian tersebut, setiap peserta akan menerima sijil khas daripada Astro Audio.

Sijil berkenaan menjadi tanda penghargaan atas penyertaan mereka dalam KITA FM Run selain menjadi kenangan kepada pencapaian yang dilakar bersama SINAR.

Pihak SINAR turut merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa tempatan, agensi keselamatan, sukarelawan, penaja rasmi serta masyarakat Perlis dan Kedah yang membantu memastikan program berjalan lancar dan selamat.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement