Laman Utama

#GempakSihat : Kenapa Suami Suka Cium Ketiak Isteri? Doktor Ini Dedah Secara Saintifik Puncanya!

gempak
Syafiqah Jalal
14/08/2023
09:53 MYT
Sponsor Banner
#GempakSihat : Kenapa Suami Suka Cium Ketiak Isteri? Doktor Ini Dedah Secara Saintifik Puncanya!
Biasa wanita akan rasa rendah diri jika badan mereka berbau tetapi tahukah anda lelaki suka akan bau semula jadi itu?
Justeru bila sudah berkahwin suami biasanya suka akan bau ketiak isteri dan begitu sebaliknya, adakah ia normal?
Menurut seorang pengamal perubatan Dr Samhan memberitahu ia normal jika lelaki tertarik dengan bau wanita dan wanita tertarik dengan bau lelaki.
Tarikan Seksual
Dari segi saintifik, ia dikenali dengan istilah feromon (pheromone) iaitu isyarat kimia yang dihasilkan dan dirembeskan oleh tubuh badan masing-masing bagi menarik lantas memikat individu berbeza jantina.
Turut terhasil di dalam kelenjar peluh, 'bau' yang mungkin menggoda jantina lawan ini akan dapat terkesan oleh organ vomeronasal di sekitar lubang nasal, sekali gus mampu member isyarat daya tarikan seksual.
Beri Ketenangan
Dalam pada itu, soalan kenapa lelaki suka bau badan perempuan lebih-lebih lagi pada ketiak mungkin harus dijawab dengan faktor keterbiasaan di mana mereka sudah cam, kenal dan selesa dengan bau pasangan.
Tidak hanya itu, pengkaji juga mendapati bahawa bau ketiak individu itu mampu menenangkan pasangan. Maka, tidak hairan jika suami itu sangat gemar bau ketiak isteri terutama di saat sedang tertekan.
Konklusinya, bau badan suami dan isteri mungkin akan dapat membantu untuk menggoda pasangan masing-masing walaupun bukan kerana feromon itu punca kenapa lelaki suka bau badan perempuan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024