Kesihatan | Health

#GempakSpot: "Doakan My Mom Guys, Cikgu Suzita Tu My Mom" - Rayu Gadis Untuk Ibu Yang Cedera Parah

Gempak Spot
07/03/2020
10:42 MYT
Kisah dikongsi oleh pengguna Twitter @rusydadianah tentang kemalangan yang berlaku malam tadi di lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang melibatkan guru-guru daripada SMK TTDI Jaya.
Perkongsian bermula daripada petikan WhatsApp yang dihantarkan.
"Salam. Ya Allah dugaan untuk kami semua. Saya ada dalam bas tu. Saya tak mampu nak cerita, masih lagi terkejut ni badan lebam-lebam. Ya Cikgu Suzita exspbt cedera agak teruk patah tulang rusuk.
"Yang lain ada yang tercampak ke luar dari bas. Dalam bas kami tersepit dan ramai yang patah. Dinding bas sebelah kanan tu tersagat lori, berlubang jadinya.
"Belah kiri tersepit dan ternaik penghadang jalan. Punca kejadian masalah brake, jadi terlanggar lori besar depan yang slow. Doakan mereka ya, semoga yang kritikal dan semuanya selamat," tertulis dalam WhatsApp tersebut.
Menurut @rusydadianah, Cikgu Suzita yang disebut di dalam WhatsApp tersebut merupakan ibunya.
"Doakan my mom guys, Cikgu Suzita tu my mom. Doakan sekali untuk cikgu-cikgu yang terlibat. Semoga dipermudahkan.
"Update: Cikgu Suzita stabil dan sedar, cuma ada tulang rusuk patah. Sekarang pun cikgu tengah buat CT Scan untuk tengok details.
"Another update: Alhamdulillah, ibu dah masuk ward tapi observation ward sebab ibu punya pernafasan belum stabil. So minta doakan ibu saya cepat sembuh dan bernafas macam biasa. Terima kasih kepada semua yang mendoakan," tulis @rusydadianah.
Sementara itu, mengikut laporan Harian Metro, kemalangan berlaku pada 11:50 malam tadi dan terdapat lima mangsa yang cedera daripada 39 orang penumpang yang membawa rombongan guru daripada sekolah tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Yusuf Unis, brek bas berkenaan dipercayai gagal berfungsi menyebabkan pemandu mengelak ke kiri.
Tindakan itu menyebabkan bas berkenaan melanggar besi penghadang jalan serta sisi kiri belakang treler itu sejauh 100 meter ke hadapan sebelum berhenti.
Yusuf juga berkata, ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap pemandu bas berkenaan didapati keputusan positif dadah jenis methaphetamin.
Kredit Gambar: Twitter @ZulhairyZRN dan @rusydadianah
Rujukan: Harian Metro
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @rusydadianah dan mendapat lebih 6,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ili Hitz FM Berhijab Sejak Ramadan, Pemergian Ibu Jadi Asbab - "Saya Mula Muhasabah Diri, Fikir Tentang Kematian"

gempak
05/07/2024
02:55 MYT
Tampil mengenakan hijab, penyampai radio Hitz.fm, Ili Ruzanna berkongsi serba sedikit tentang penghijrahannya baru-baru ini.
Hiburan

Nizam Jentik Jentik Saksi Kemalangan Maut, Menangis Sampaikan Berita Kematian - "Puan... Suami Puan Ada Dekat Dengan Saya"

gempak
03/07/2024
20:55 MYT
"Eh, suami saya mana? Saya rasa tidak sedap hati, itu yang tergerak hati nak telefon," demikian kata-kata pertama daripada wanita yang merupakan isteri kepada mangsa kemalangan maut berhampiran Kolej Management & Science University (MSU), Shah Alam, Selangor pada Selasa.
Hiburan

Aliff Aziz Sedih Ibu Jadi Mangsa Serangan Netizen - “Kerana Kekurangan & Kesilapan Saya Telah Meletakkan Dia Di Posisi Sebegitu”

gempak
03/07/2024
04:10 MYT
Sebagai seorang anak, penyanyi Aliff Aziz mengakui berasa sedih melihat ibunya, Siti Hafiza Basharahil diserang netizen ketika dia dilanda kontroversi perceraian dengan bekas isteri, Bella Astillah dan terpalit kes khalwat dengan pelakon Ruhainies.
Viral

Ibu Tunggal Kecewa, Anak Jadi Perempuan Simpanan Sebab Nak Naik Pangkat - “Sanggup Libatkan Diri Dengan Boss Yang Dah Kahwin”

gempak
28/06/2024
01:53 MYT
Tular di media sosial baru-baru ini mengenai seorang ibu meluahkan rasa kecewa dengan sikap dua orang anak perempuannya.
Hiburan

Ibu Aliff Aziz Tak Sokong Anak Diboikot, Minta Orang Ramai Hentikan Cancel Culture

gempak
27/06/2024
07:25 MYT
Dek kerana terpalit dengan kontroversi membabitkan rumah tangga, nama dan karya yang melibatkan Aliff Aziz mula diboikot oleh rata-rata netizen Malaysia.