Laman Utama
#GempakSpot: (FOTO) Peristiwa Indah Pertukaran Kain Kiswah Kaabah, Ketahui Ayat Suci Yang Tercetak Di Atas Kelambu Sutera Ini
Menjelang Aidiladha, salah satu perkara yang dinantikan oleh kebanyakan umat Islam adalah menonton pertukaran Kain Kiswah Kaabah.
Biar tahun ini Arab Saudi masih tidak menerima banyak tetamu untuk menunaikan haji kerana pandemik COVID 19, namun tradisi menukar Kain Kiswah lama kepada yang baharu tetap dilaksanakan mengikut protokol.
Pertukaran Kain Kiswah Kaabah di Masjidil Haram adalah sebuah peristiwa penting yang akan dilaksanakan setiap tahun pada 9 Zulhijjah setiap tahun Hijrah selepas Solat Subuh.
Tradisi menukar kain kelambu sutera warna hitam bersulam benang emas ini telah dilakukan sejak sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Untuk pengetahuan, saiz kain kiswah ialah 657 meter persegi(14 meter tinggi) dan terdiri daripada 47 keping.
Apa yang menjadi perhatian adalah Kain Kiswah ini mengandungi kalimah atau ayat suci termasuk surah Ali Imran ayat 96, kalimah syahadah, Surah Al Fatihah dan Surah Al Ikhlas.
Kain Kiswah yang lama yang menutup empat dinding Kaabah dipotong-potong dalam bentuk kepingan dan diagih-agihkan kepada perwakilan asing selepas program pertukaran kain kiswah.
Dengan pertukaran Kain Kiswah dan menuju sambutan Aidiladha yang jatuh pada 20 Julai 2021, hanya 60,000 penduduk di negara itu termasuk rakyat dari 149 negara yang sudah menetap lama diizinkan melakukan ibadah haji.
Ya Allah semoga badai COVID 19 ini cepat berlalu dan kami umatMU diterima bertamu di rumah mu Ya Allah.
Berikut foto foto peristiwa pertukaran Kain Kiswah;
Pandangan dan pendapat penulis adalah karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot.
Kredit Foto: Haramain
Must-Watch Video