Skip to main content

Reviu

#GempakSpot: "Salah Basuh, Blaus Putih Bertukar Pink!" - Suami Ini Habis Daya Cari Cara Ganti Baru

1.jpg
Kisah ini dikongsikan oleh pengguna Twitter @AdliAmirullah hampir keseluruhan di dalam Bahasa Inggeris dan mendapat hampir 9,000 Retweet dan 7,000 Likes. Baca kisah blaus pink ini!

Guys, perlukan pertolongan. Aku secara tak sengaja basuh blaus putih baru kepunyaan isteri aku dengan blaus baru warna merah. Sekarang ni blaus putih tu dah jadi warna pink! Aku tak bagitahu dia lagi. Cuba nak betulkan dulu.

Sedihnya, dia bagitau aku semalam yang dia sengaja beli blaus putih tu sebab dia tak ada satupun dalam almari. Rasanya aku patut sorokkan dan belikan yang baru untuk dia?



Terima kasih kerana ramai yang bagi nasihat. Sekarang ni aku tengah rendam blaus dengan klorox campur sabun dan nanti tengok apa akan jadi lepas aku balik daripada pejabat. Kalau tak menjadi juga, esok aku kena pergi kedai yang sama dan beli blaus yang sama untuk dia.

Guys, Clorox tak berjaya! Sekarang aku dalam misi ke kedai untuk belikan yang baru.



Aku sekarang tengah fikir kedai mana dan tingkat mana dia beli blaus tersebut. Baju tu ada tag 'Polly Collections'. Ingatkan dari Padini jadi aku tawaf-tawaf tak jumpa-jumpa. Kemudian laju-laju jalan dalam mall tu tengok hampir setiap kedai, lepas tu terlalu satu booth jual baju, sekali cari jumpa! Yang ni adalah yang terakhir. Syukur pada Tuhan!



Okay misi berjaya. Mungkin aku boleh cakap aku belikan dia blaus warna pink yang baru. Hahaha. Tapi baju pink ni dah habis bau Clorox kuat gila dah nak kelentong memang tak lah.



Okay guys, aku dah beritahu dia semuanya. Pelajaran yang aku dapat untuk aku dan semua suami di luar sana, we all husband should always go left because our wife is always right. Now dia merajuk sebab aku pergi mall tak ajak dia.

Kredit Gambar: Adli Amirullah Twitter @AdliAmirullah

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Adli Amirullah menggunakan akaun Twitter @AdliAmirullah dan  mendapat hampir 9,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]

Must-Watch Video

Advertisement