Perkongsian seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @benygtersakiti_ mungkin dapat membantu kita mengelak daripada ditipu dan juga tahu cara-cara yang betul menguruskan hal kemalangan tanpa mengalami kerugian.
Bila eksiden, kita kena bijak menguruskan caranya.
MENGURUSKAN KERETA KEMALANGAN TANPA MENGALAMI KERUGIAN
BAWA KERETA ANDA KE BALAI POLIS DAHULU
Ramai lagi yang belum tahu cara yang betul untuk uruskan urusan insurans dan kemalangan kereta. Akhirnya pihak insurans dan penarik kereta yang mendapat untung atas angin.
Pertama sekali jika kemalangan, anda akan memanggil tow truck (penarik kereta). Bila longkai sampai, dia akan suruh tandatangan satu dokumen.
Jangan tandatangan.
Sebab kalau anda tandatangan, longkai akan dapat komisen 10% dari insurans anda.
#Jangan sesekali tandatangan dokumen itu dan tow truck akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu dan ini!
Jadi apa tindakan anda? Cakap je kat dia, "Saya nak towing saje."
Biasanya kena caj dalam RM200-300. Towing kereta anda ke balai dulu untuk buat report dan urusan sepatutnya di sana.
Lepas buat report, mintak longkai hantarkan kereta ke bengkel panel yang buat repair.
Kalau tak tau panel bengkel, hubungi pihak insurans dan minta alamat panel yang buat repair eksiden.
Lepas tu, tibalah babak paling best. Tiba giliran anda pulak untuk claim 10% dari tokey bengkel.
#Caranya? Esok adjuster insurance akan datang ke bengkel dan kira jumlah kerosakan.
#Contohlah, kereta mahal, Audi ke, BMW ke Mercedes ke, total repair dalam RM100,000. Jadi anda boleh claim RM10K dekat tokey bengkel sebab anda dah bagi job kat tokey bengkel itu.
Sebab itulah Tow Truck biasanya bergaduh berebut-rebut kereta dan duit dari bengkel kereta.
Dan lagi best, anda boleh claim 'lost of use' pada pihak insurans. Contoh kos lost of use insurans anda (ikut jenis insurans) RM30 satu hari.
Lepas tu bengkel bagi anggaran siap dalam 1 bulan. Jadi anda boleh dapat RM30 setiap hari selama sebulan.
RM30 x 30 hari (sebulan) = RM900
Anda layak dapat RM900 dari pihak insurans atas dasar nama claim lost of use.
Tapi kalau bengkel tak dapat siapkan kereta dalam masa sebulan seperti yang dijanjikan, anda tak boleh claim lagi dengan pihak insurans. Dan tempoh claim lost of use ini maximum 3 bulan saje.
Cuma kat sini perlu hati-hati dengan dua perkara.
#PERTAMA! Pastikan bengkel itu tukar part atau barang kat kereta yang rosak itu.
Sebab sesetengah bengkel kuat kencing. Dia orang tak tukar. Tapi repair je part yang rosak.
Lepas repair, mintak pihak insurans emailkan senarai dan data part yang bengkel tu tukar.
Kalau kurang 1 barang, korang claim duit balik kat tokey kedai tu. Kalau diaorang tak nak bagi, gertak je nak report polis atau tribunal pengguna.
#KEDUA! Hati-hati dengan Tow Truck bila diaorang cakap,
"Hantar kat bengkel saya je lah!"
Itu kencing je. Sebab Tow Truck takde bengkel. Dia pancing je tu.
SHARE artikel ini kalau berguna pada kawan lain!
MENGELAKKAN KEZALIMAN SEMASA DALAM KEMALANGAN
P/s: bacalah doa naik kenderaan
#GambarSekadarHiasan
#SemogaKitaDilindungi
Kredit Gambar: Twitter @benygtersakiti_
Kisah ini dikongsi oleh pengguna menggunakan akaun Twitter @benygtersakiti_ dan mendapat lebih 23,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Gempak Spot
Mon Feb 10 2020
Terima Aduan Berkaitan Kontroversi Aliff Aziz, SKMM Bakal Buat Siasatan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima aduan mengenai tindakan berterusan individu tertentu 'membuka aib' membabitkan hal peribadi selebriti kontroversi, Aliff Aziz di media sosial. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pihak berkenaan perlu meneliti aduan terbabit sebelum mengambil sebarang tindakan sewajarnya mengi
The Experts, Filem Aksi Heist Yang Dinantikan 2024! Penonton Teruja Tengok ‘Trailer’ - “Pergh Dah Setandingan American Heist Movies”
Tak sabar nak tengok!
“Saya Tidak Pernah Rasa Semak Dengan Netizen” - Sharifah Sakinah
Sakinah tak gaduh dengan netizen.
Nabil Ahmad Kongsi Sisi Lain Aliff Aziz Ketika Sama-Sama Sertai Jemaah Tabligh - “Dia Tak Pernah Tinggal Solat Tahajud”
Pernah bersama-sama mengikuti jemaah tabligh sekitar 2020, pengacara Nabil Ahmad berkongsi sisi lain penyanyi Aliff Aziz yang tidak diketahui umum.
Aliff Aziz Belikan Bunga, Coklat Bila Tahu Bella Astillah Ada 'Lelaki Lain', Tapi…
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendedahkan tentang kronologi bagaimana dia mendapat tahu yang isterinya, Bella Astillah sedang ‘berkomunikasi’ dengan lelaki lain di belakangnya.
“Kontroversi & Publisiti Pun Penting Tapi…” - Syafiq Kyle
Syafiq Kyle kini semakin matang.
Wanita ‘Bahan’ Aliff Aziz Tak Ada Lesen Memandu Buat Netizen Terhibur - “Aliff Aziz Is Shaking”
Ketiadaan lesen memandu oleh penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz nampaknya menjadi ‘bahan’ usikan warganet di media sosial. Menerusi satu hantaran di TikTok, seorang wanita membuat hantaran lucu berhubung perkara itu dengan menyatakan persaingannya untuk mendapatkan lesen memandu sebelum Aliff Aziz. “Akhirnya dapat belajar memandu jadi saya boleh
Kieda Crepe Dikritik Gara-Gara Rekaan T-Shirt Jualannya Mirip Logo Kumpulan NCT Dream?
Kieda menerima kritikan selepas salah satu baju-t yang dipasarkan baru-baru ini didakwa mirip rekaan logo kumpulan K-Pop popular, NCT Dream.
“Saya Mohon Maaf Atas Segala Apa Yang Berlaku, Perbetulkan Diri Secara Perlahan-Lahan” - Aliff Aziz
Aliff Aziz mohon maaf atas segala kontroversi yang berlaku.
Sarah Yasmine Spill The Tea, Aliff Aziz; “Hope You Enjoy This 5 Minutes Fame & Tidur Lena, Goodbye”
Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz tampil mengulas isu mengenai pendedahan yang dibuat oleh ‘kekasih gelapnya’, Sarah Yasmine baru-baru ini.