Laman Utama

#GempakSpot: Untungnya Jemaah Haji & Umrah Yang Uzur, ITaqwa Care Nursing Uruskan Semuanya...Ini Yang Perlu Anda Tahu

gempak
Maliah Surip
26/09/2021
10:50 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: Untungnya Jemaah Haji & Umrah Yang Uzur, ITaqwa Care Nursing Uruskan Semuanya...Ini Yang Perlu Anda Tahu
Sewaktu mendengar khabar baik kerajaan Arab Saudi membenarkan jemaah di negara bukan 'merah' boleh menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah, hati penulis berbunga.
Maklum, sejak pandemik COVID 19 melanda dunia, umat Islam perlu menahan malah ada yang terpaksa menangguhkan hasrat mengerjakan haji kerana Baitullah tidak dapat menerima kunjungan, sehingga mungkin ada jemaah yang sudah berusia mengalami keuzuran.
Sewaktu sengaja mencari tahu jika ada perkhidmatan yang boleh membantu jemaah yang memerlukan, penulis 'bertemu' dengan akaun Instagram @into_taqwamalaysia.
Menggunakan tagline With Taqwa We Care atau Dengan Takwa, Kita Prihatin, penubuhan ITaqwa Care Malaysia oleh pengasasnya, Noorfarashikin Othman mempunyai misi tidak lain dan tidak bukan adalah memelihara kebajikan setiap umat Islam di seluruh dunia.
Bukan misi baharu, hanya ITaqwa Care (ITC) kini diluaskan selaras dengan impian yang sudah lama disimpan oleh Noorfarashikin atau mesra disapa Hajah Fara.
Setelah Malayasia, kini beliau berusaha keras memastikan perkhidmatan kesihatan yang lebih Islamik juga dapat diaplikasi dengan baik di Asia Tenggara.
Dengan sukacita, ITaqwa Care kini buat pertama kalinya menyediakan perkhidmatan Home Nursing Patuh Syariah Pertama di dunia termasuk memastikan kebajikan jemaah haji dan umrah terpelihara.
Dengan dedikasi dan sikap membantu yang cukup kental dalam dirinya, Fara menjelaskan, inisiatif tersebut diambil lantaran melihat kelompok jemaah yang berhadapan dengan masalah kesihatan dan kesukaran untuk menunaikan ibadat secara sempurna.
Oleh yang demikian, ITC menyediakan perkhidmatan Home Nursing Patuh Syariah pertama yang akan memastikan kelancaran setiap ibadat dan keperluan para jemaah dipermudahkan.
Apa lagi setelah sekian lama niat menunaikan umrah dan Haji tergendala kerana pandemik COVID 19, beberapa pengumuman yang memberi tanda positif Tahan Haram dan Baitullah sudah dibuka menerima tetamu Allah membuatkan perkhidmatan ini relevan dan perlu diambil perhatian.
"Fokus utama kita adalah memberi perkhidmatan dengan taraf premium terutama kepada golongan yang memerlukan dan sudah lama menanti servis yang juga patuh syariah.
"Saya sedar perkhidmatan home nursing ini melibatkan kos yang agak tinggi. Namun, saya juga percaya para jemaah yang telah lama menunggu waktu untuk menunaikan umrah atau mengerjakan haji tetapi berhadapan kekangan kesihatan akan melihat servis ini sebagai alternatif yang mampu mempermudahkan urusan mereka.
"Apa lagi servis ini adalah yang pertama kali patuh syariah di dunia. Misalnya jika jemaah perempuan yang sakit dan perlu menjalani rawatan dialisis, mereka hanya akan diuruskan dan dijaga sepenuhnya oleh nurse perempuan dan begitulah sebaliknya," ujar Fara.
Fara juga menjelaskan perkhidmatan yang disediakan dipastikan rapi bermula sebelum bertolak ke Tanah Suci sehingga sewaktu sudah berada di Mekah, ada hospital yang sudah terpilih untuk kerjasama dan menyediakan servis diperlukan.
"ITC kini juga turut berpusat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mekah serta Madinah. Kami memiliki seramai 28 jururawat asal Malaysia yang berkhidmat di Saudi dan ini akan membantu melancarkan segala perkhidmatan yang disediakan, Insya Allah," jelasnya.
Terdahulu, ITC juga telah menandatangani perjanjian bersama rangkaian Maahad Tahfiz An-Nabawi (Matan Centre) yang ditubuhkan oleh pendakwah terkenal Malaysia, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani sebagai konsultan kesihatan rasmi di setiap cawangan mereka.
Ditubuhkan sejak 2012, Into Taqwa pula sudah melancarkan beberapa inisiatif lain, selaras dengan visi mereka iaitu memfokus terhadap pembangunan insan berteraskan Islam
Salah satu inisiatif IT adalah IntoHajj iaitu sebuah kerjasama bersama Amal by Malaysian Airlines bagi memudahkan pergerakan jemaah Haji dan Umrah di Tanah Suci.
Selain itu, IntoHajj juga menyediakan perkhidmatan food packs, kerusi roda dan lain-lain buat golongan asnaf di sana.
Tidak hanya itu, pada tahu 2015, IntoAlAqsa ditubuhkan bertujuan membantu rakyat Palestin yang terjejas kerana peperangan dan pembangunan Masjid Al-Aqsa, masjid ke-3 terpenting umat Islam.
Bagi sesiapa yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan premium patuh syariah atau mahu mengenali lebih lanjut mengenai projek projek yang diusahakan oleh organisasi bukan kerajaan berlandaskan Islam ini, boleh juga layari laman sesawang www.itaqwacare.com​.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024