Tahun 2023 sememangnya penuh dengan pancaroba untuk beberapa selebriti tempatan.

Ini kerana kebahagiaan rumah tangga yang dikecapi oleh sebahagian selebriti tanah air telah menemui titik noktah atas sebab-sebab tertentu.

Jom recap selebriti-selebriti yang berpisah bersama pasangan masing-masing sepanjang tahun 2023.

Mawar Rashid & Raf Yaakob

Menyulam ikatan perkahwinan pada tahun 2017, aktres, Mawar Rashid dan bekas suami, Raf Yaakob mengambil keputusan berpisah pada bulan November lalu.

Menurut Mawar, perpisahan itu berlaku kerana tidak lagi wujud persefahaman antara satu sama lain sebagai suami isteri.

Hasil perkahwinan, Mawar dan Raf dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Seri Riyanna Camilya.

BERITA TRENDING: Mawar Rashid Umum Berpisah Dengan Suami- “Ini Jalan Terbaik Buat Kami”

Engku Emran & Noor Nabila

Kakak kepada selebriti terkenal tanah air, Neelofa, Noor Nabila menamatkan tali perkahwinan bersama suami Engku Emran pada 25 September lalu.

Reda dengan takdir yang sudah tertulis, Nabila mengakui perpisahan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dirinya.

Sekadar info, Nabila pernah berkahwin dengan aktor Sharnaaz Ahmad dan dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden.

Sementara, Engku Emran pula pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Dia juga pernah menikahi aktres daripada Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun tidak dikurniakan cahaya mata.

PILIHAN PEMBACA: Noor Nabila & Engku Emran Sah Cerai Selepas 2 Tahun Kahwin - “Semua Ini Adalah Takdir Untuk…

Syamsul Yusof & Puteri Sarah

Mendirikan rumah tangga selama sembilan tahun, hubungan suami isteri antara Syamsul Yusof dan Puteri Sarah terhenti disebabkan kehadiran orang ketiga.

Pasangan itu menamatkan tali perhubungan pada 14 Jun lalu dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

PILIHAN PEMBACA: Syamsul Yusof, Puteri Sarah Akhirnya Bercerai Talak Satu

Hafidz Roshdi & Nurul Shuhada

Pelakon Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada sah bercerai apabila difahamkan aktor itu melafazkan talak terhadap isterinya melalui panggilan telefon 22 Februari lalu.

Pada 27 Julai, Hakim Syarie Siti Rahmah Hussin yang mendengar kes itu mengesahkan lafaz dibuat oleh Hafidz sah mengikut hukum syarak dan secara rasminya memutuskan pasangan tersebut bercerai dengan talak satu.

Hasil perkahwinan, pasangan berkenaan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang berusia dua tahun.

Sekadar info, Hafidz juga baru-baru ini telah mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Athira Yuhada, pada 16 Disember.

BERITA TRENDING: Hafidz Roshdi & Shuhada Sah Cerai Talak Satu - "Puas Hati Dan Gembira..."

Shuk Sahar & Rossa Serra

Selepas lebih setahun status rumah tangga menjadi tanda tanya, pelawak, Shuk Sahar akhirnya mengesahkan bercerai dengan isteri, Rossa Serra.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 37, melafazkaan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu.

Untuk rekod, Shuk dan Rossa berkahwin pada tahun 2015 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Nur Qurratu Ain, 7 dan Nur Assyifatu Aimi, 4.

BERITA TRENDING: Shuk Sahar Sah Bercerai Dengan Rossa Sera - “Sebenarnya Selepas Balik Umrah Bersama, Kami Ada…”

Datuk Jovian Mandagie & Nina Sabrina

Pereka fesyen terkenal tanah air, Datuk Jovian Mandagie mendedahkan dirinya telah bercerai dengan isteri Nina Sabrina setelah 10 tahun mendirikan rumah tangga bersama.

Memberitahu bahawa telah bercerai pada Ogos lalu, Jovian mengakui hubungannya bersama Nina masih lagi baik dan kini bergelar sebagai sahabat.

Berkahwin pada 11 Disember 2013, pasangan itu dikurniakan seorang puteri, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun.

BERITA TRENDING: Jovian Mandagie, Nina Ismail Sabri Umum Bercerai - “Kami Percaya Itu Adalah Yang Terbaik”