Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang arahan pengarah tersohor Mamat Khalid bakal menemui penonton bermula 15 April.

Diangkat daripada hasil gabungan drama Kampong Pisang Bersiri-siri dan telefilem eksklusif popular ketika bulan Ramadan, 16 dan 17 Puasa, filem 18 Puasa di Kampong Pisang masih mengekalkan subjek utama ‘tidak berpuasa’.


Menerusi laman sosial Twitter, trailer rasmi filem komedi yang sarat mesej ini tular dan meraih perhatian wargamaya.

Mereka yang mengikuti telefilem 16 dan 17 Puasa serta Kampong Pisang Bersiri-siri sudah tidak sabar lagi untuk menyaksikan filem ini.

Confirm pecah ni! Hahaha,” komen seorang wargamaya.

Yes ada yes.. Hahahaha.. 18 puasa.. Ingat akde tahun ni,” kata seorang wargamaya.

Siotlah setan pakai Converse,” usik seorang wargamaya.

Geng plastik hitam is back,” tulis seorang wargamaya.

Eee can't wait. Si joey tu dengan sengau dia yang lain mancam tu. i just cant,” komen seorang wargamaya lagi.

Filem ini masih mengekalkan pelakon Kampong Pisang Bersiri-siri antaranya Barkoba (Bell Ngasri), Pak Din (Kazar Saisi), Pak Karim (Mat London), Pak Jabit (Aziz M Osman), Cik Purnama (Dewa Sapri), Daud M (Joey Daud) Faguha Jabar (Rashid Othman), Ahmad Yasin (Ahmad Yasin) dan Yah Kuchei (Afea Deana).

Selain itu, filem ini turut dimeriahkan dengan penampilan karakter istimewa seperti Tyson 1 (Namron), Tyson 2 (Jaafar Onn), Kiambang (Siti Elizad Mohamad Sharifuddin), Ustaz Kazim (Datuk Ustaz Kazim), Ayahanda Rani Kulop (Rani Kulop), Manap Sengau (Yeop Hitler), Penjaga Neraka (Man Raja Lawak) dan ramai lagi.

Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang mengisahkan sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan.

Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, dia telah didatangi si iblis yang membawanya kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya.

Tonton filem komedi sarat mesej ini Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 mulai 15 April 2021.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.