Geram Ditegur Pasal Telefon, Anak Bakar Rumah & Ayah Kandung
Tersinggung kerana ditegur semasa mahu meminjam telefon bimbit, seorang anak tergamak membakar rumah dan ayah kandungnya.
Susulan itu, pelaku dikenali MA, 25, penduduk Medan Deli, telah ditahan oleh Unit Perlindungan Perempuan dan Kanak-Kanak (PPA) Jabatan Siasatan Jenayah Pelabuhan Belawan pada Ahad.
Pelaku dilaporkan membakar rumah ibu bapanya di Kelurahan Titi Papan, Medan Deli, Kota Medan, Indonesia pada Jumaat.
Sementara itu, ayah mangsa masih dirawat di sebuah klinik dan perlu dipindahkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan intensif.
“Menurut isteri mangsa, Jamilah, kejadian itu bermula apabila pelaku mahu menghubungi adiknya dan meminta untuk meminjam telefon bimbit daripada ibunya,” katanya.
Namun, dia bersuara kasar dan cuba merampas telefon tersebut, menyebabkan bapanya menegurnya.
Akibat berasa sakit hati dan tersinggung selepas ditegur oleh bapanya, pelaku bertindak mengunci rumah lantas mengambil petrol, dan membakar rumah serta bapanya.
BERITA BERKAITAN: Ibu Hamil Mengidam Disaman Polis
BERITA BERKAITAN: Anak Kunti Cetus Kengerian Kawasan Desa! Misteri Spiritual & Interprestasi Moden Dari Naskah Legenda Indonesia
BERITA BERKAITAN: Tergamak Bakar Isteri Hanya Disebabkan Pengecas Telefon
BERITA BERKAITAN: Berang Dipecat, Bekas Pekerja Bakar Pejabat
Dalam kejadian itu, bapanya dilaporkan berjaya keluar dan mengalami lecur di badan.
Pelaku akan dituduh di mahkamah.
Sumber: Sinar Harian