Setelah berjaya mengumpulkan hampir 8,000 peminat pada Showcase Jiwa Kacau 2023, MND Sport & Event Sdn Bhd tidak mahu keterujaan peminat 'mati' begitu sahaja.

Justeru, selaku penganjur MND Sport & Event Sdn Bhd membawa kembali barisan kugiran sama iaitu Hujan, Masdo, Bunkface dan Insomniacks yang telah mencetuskan fenomena dalam showcase sebelumnya pada Showcase Jiwa Касau 2024.

Dijadual berlangsung pada 22 Jun 2024 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Showcase Jiwa Kacau 2024 dihangatkan dan bakal meninggalkan momen tersendiri apabila turut disertai oleh sebuah kugiran dari Indonesia iaitu Nidji selain penampilan khas daripada solois tempatan, Luqman Podolski.

BERITA TRENDING: "Kalau Kita Sayang, Sayang Gila! Saya Sanggup Mati Lindungi Dia" - Noh Salleh

"Sesuai dengan penganjuran kali kedua, Showcase Jiwa Kacau 2024 akan memperlihatkan pertambahan dua lagi pemuzik yang akan menghangatkan malam pesta ini.

"Ini bermaksud akan ada enam penampilan penuh energatik yang akan menghiburkan pengunjung pada malam Showcase Jiwa Kacau 2024 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalit pada 22 Jun 2024.

"Kami dengan bangga mengumumkan kehadiran Nidji untuk menjadi satu-satunya kugiran terkenal Indonesia yang akan membuat Showcase Jiwa Kacau 2024 lebih 'kacau bilau.

"Dan untuk pertama kali juga di Showcase Jiwa Kacau 2024 kami menampilkan solois iaitu Luqman Podolski sebagai penampilan khas.

"Harapan kami Showcase Jiwa Kacau 2024 bukan hanya menjadi tempat bersuka ria atau pesta semata-mata tetapi penganjuran ini bakal menjadi medan berkembang, semarak sekali gus melestarikan muzik tempatan terutama buat generasi kini dan akan datang," ujar Daniel Harith dari MND Sport & Event Sdn Bhd.

PILIHAN PEMBACA: “Apa Buktinya Yang Dia Penjaga Tunggal Musa Yang Sah?” - Noh Salleh

Mewakili rakan seperjuangan yang terlibat dalam Showcase Jiwa Kacau 2024, Masdo menyifatkan penganjuran kali kedua acara muzik ini didorong banyak oleh sambutan dan apresiasi peminat terhadap pemuzik tanah air.

"Tanpa sokongan dan kehadiran peminat yang di luar jangkaan pada penganjuran Showcase Jiwa Kacau 2023, kami fikir tidak mungkin ada Showcase Jiwa Kacau 2024.

"Jadi sebenarnya kami patut mengucapkan terima kasih buat peminat yang berkumpul dan meraikan perbezaan muzik yang ditonjolkan oleh setiap kugiran," ujar Masdo.

Showcase Jiwa Kacau 2024 dijadual berlangsung selama tiga jam setengah dengan pembelian tiket boleh dilakukan menerusi www.klticketing.com.

Dapatkan Tiket-tiket berharga RM148 (ROCKZONE), RM98 (GENERAL ADMISSION), RM228 (VIP 1 & 2), RM188 (CAT 1), RM138 (CAT 2), RM68 (BLUE ZONE), RM358 (MEET & GREET) segera.