HIBURAN
Giat Buat Persiapan Konsert, Amy Search; "Sudah Tentu Lagu Favourite Kalian Saya Akan Nyanyikan"
Walaupun usianya sudah mencecah 66 tahun, penyanyi rock legenda, Datuk Amy Search terus membuktikan jiwa seni yang tidak pernah pudar.
BERITA TRENDING: Peminat Minta Amy Search Tukar Tarikh Konsert Solo, Ini Respons Tuan Badan - “Tak Perlu Tengok Sebab Dah Tentu JDT Menang
Buktinya, beliau kini giat membuat persiapan bagi konsert solo pertamanya yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 26 April ini.Konsert yang diberi judul Amy Search Magic Konsert Solo Pertama itu bakal berlangsung kurang dua minggu daripada sekarang sekali gus menandakan pencapaian istimewa dalam karier lebih empat dekad penyanyi yang sinonim dengan lagu-lagu rock malar segar ini.
Mengulas mengenai konsert itu, Amy meluahkan rasa syukur kerana masih diberi kekuatan dan kesihatan untuk berdiri di pentas besar demi menghiburkan peminat yang tidak pernah jemu menyokongnya.
“Setiap kali dapat menjayakan konsert saya dapat rasai satu kepuasan. Sebagai penghibur, saya sentiasa mahu berada di atas pentas dan menghiburkan peminat.
“Bagi saya, semakin kerap membuat persembahan, semakin banyak ilmu dan pengajaran baru yang dapat saya pelajari,” katanya.
BERITA TRENDING: 'Rock It Like Amy' Tema Outfit Konsert Amy Search Magic, Jom Dress Up! - "Saya Nak Semua Hidupkan Semula..."
Amy juga menegaskan, pada usia kini, beliau lebih peka dalam menjaga kesihatan dan stamina supaya mampu bertahan sepanjang konsert yang dijadualkan berlangsung selama dua jam setengah.“Sudah tentu di usia sekarang ini saya perlu pastikan diri kekal sihat dan bertenaga. Penyanyi ini umpama pemain bola kerana perlu kekalkan stamina supaya dapat berikan persembahan yang mantap.
“Untuk saya mengadakan persembahan selama dua jam setengah itu adalah sesuatu yang menyeronokkan kerana dapat berinteraksi dengan peminat selain berpeluang menyanyi bersama. Ia juga membawa satu kenangan terindah,” katanya.
Dalam masa sama, Amy memberitahu, sekitar 20 hingga 25 lagu akan dipersembahkan pada malam istimewa itu.
“Sudah tentu lagu kegemaran kalian tak perlu saya nak cakap, saya akan nyanyikan. Saya janji akan berikan persembahan yang terbaik.
“Cuma saya nak anda hadir, dan kita akan sambut Aidilfitri bersama dalam suasana yang penuh bermakna,” katanya.
Konsert bersejarah itu turut menampilkan pengarah konsert berpengalaman, Jennifer Thompson, yang bertanggungjawab memastikan perjalanan konsert berjalan lancar dan memberi kenangan terindah buat semua yang hadir.
Sebelum ini, Rock It Like Amy diumumkan sebagai tema konsert sekali gus menggalakkan peminat untuk mengenakan gaya fesyen yang mencerminkan semangat dan identiti rock n’ roll.
Tiket konsert boleh didapati diusia platform www.wowtix.com.my
Harga tiket bermula daripada RM188 (Cat 6- Lagu Tiada lagi ), RM288 (Cat 5 – Gita Rama Sita), RM388 (Cat 4 – Kerja Gila), RM538 (Cat 3- Kalimah Cinta), RM608 (Cat 2 – Saatku Idamkan) dan RM788 (Cat 1- Rock Royalty).
Must-Watch Video