Perasaan ralat masih menguasai diri pengacara Awal Ashaari apabila kehilangan bagasi yang berisi barangan peribadi berharga miliknya dan isterinya, Scha Alyahya ketika melancong ke Milan, Itali.

BERITA TRENDING: Gempa Bumi Di Jepun, Awal Ashaari Dan Keluarga Selamat - “Tak Rasa Apa Apa Pun Tapi Selepas…”

Bekas pengacara program Melodi itu berkongsi bagasi itu menyimpan pelbagai barangan yang mempunyai makna sentimental buatnya dan Scha, seperti cincin perkahwinan.

"Ketika melancong, kami pernah kehilangan banyak barangan peribadi. Masa itu memang gigit jari. Benda itu terlalu pahit dan sakit untuk kami.

"Kerugian terlalu banyak sebab kami kehilangan barangan sentimental seperti cincin kahwin, jam sempena ulang tahun, hari jadi dan sebagainya.

"Saya dan Scha suka hadiahkan barangan seperti jam, cincin, gelang dan sebagainya bila sambutan ulang tahun perkahwinan.

"Iyalah, benda yang ada nilai sentimental, semuanya hilang. Perkara ini terjadi dua tahun lalu dan kerugiannya sangat besar tak terhingga. Kami sampai satu tahap bila pandang antara satu sama lain, boleh menangis," katanya.

PILIHAN PEMBACA: Scha Alyahya Terkejut! Tersenarai Antara Artis 'Rude' Dalam Trend Di Twitter - "Saya Minta Maaflah, Mungkin…

Awal atau Ahmad Awaluddin Ashaari, 42, berkata dia tidak menyangka bagasi dapat dicuri ketika sedang menjamu selera di sebuah kafe di Milan, walaupun menjaga bagasi dengan teliti.

"Apabila dapat pergi melancong selepas pandemik Covid-19, kami jadi teruja jadi kami bawa semua sebab nak pergi 'fashion week'. Kami mahu pakai semuanya.

"Barang kemas yang dibawa pula berjenama, misalnya kalau pergi acara Cartier, kami mahu pakai Cartier.

"Jadi, kami bawa semua koleksi dalam satu bagasi, namun bagasi ini yang hilang. Kami melancong kami bawa banyak bagasi.

"Setiap kali melancong kami boleh usung antara lapan sehingga 10 beg. Saya pula letak semua barangan peribadi dalam satu beg.

"Beg ini hanya berada di sebelah saya ketika berada di kafe berkenaan. Saya sedang minum kopi, pandang balik tengok beg sudah tiada. Dia (pencuri) macam tahu kenapa beg ini sentiasa dekat dengan saya, jadi memang sasarkan beg ini," katanya.

BERITA TRENDING: “Dulu Kami Selalu Dating Dekat…” – Comel Sangat! Rupanya Kopi Satukan Cinta Awal Ashaari Dan Scha

Tambah Awal, dia tidak boleh membuat laporan polis kerana tidak mempunyai bukti dan dalam masa sama perlu menaiki kereta api ke Paris untuk ke acara seterusnya.

"Saya tak boleh buat laporan polis sebab tiada insurans, bukti dan sebagainya sebab nak periksa CCTV pun tiada siapa nak layan.

"Ia terjadi 10 minit sebelum kereta api terakhir dari Milan ke Paris, kalau tertinggal kami akan terlepas acara esoknya," katanya.

Tambah Awal, dia dan Scha berhati-hati dan tidak membawa barangan berharga ketika melancong ke luar negara.

"Jangan bawa barangan peribadi berharga atau jangan simpan semuanya barangan dalam satu beg... Menangis nanti," katanya.

Awal mendirikan rumah tangga bersama Scha pada 4 Mei 2012 dan mereka dua cahaya mata, Lara Alana, 10, dan Lyla Amina, 3.

Sumber: Berita Harian