Raikan cinta bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philarmonic Orchestra, MPO) dalam sebuah konsert istimewa pada Sabtu, 17 Februari 2024 jam 8.30 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza (GV10): Penangan Slide Atas Pentas, Kaki Nikki Palikat Lebam! - “Rasa Sakit, Tapi Redah…

MPO, di bawah pimpinan Konduktor Residen Gerard Salonga, akan mempersonakan penonton menerusi seleksi lagu-lagu cinta malar segar yang diberi sentuhan orkestra seperti Love Story (Where Do I Begin), Last Night, (They Long To Be) Close To You, Somewhere Out There, Love Changes Everything, If We Were In Love, Cinema Paradiso dan Love Me Tender, disertakan dengan beberapa lagu hits dari muzikal Broadway popular seperti Wicked, Funny Girl, Les Misérables dan Phantom of the Opera.

PILIHAN PEMBACA: Selepas Umum Bercerai, Ada Lelaki Yang Cuba Mendekati Nikki Palikat, Tetapi…

Konsert ini akan diserikan dengan penyanyi-penyanyi undangan seperti Sean Ghazi, Ida Mariana, Nikki Palikat dan Izen Kong yang akan berkolaborasi dengan MPO.

Sean pernah memegang watak utama dalam teater muzikal di pentas West End di London melalui teater Miss Saigon, Rent dan The King & I. Penerima anugerah Cameronian Arts, beliau pernah memenangi Anugerah Industri Muzik untuk album perdana beliau bertajuk Semalam pada tahun 2007.

Beliau juga pernah terlibat dalam pementasan P Ramlee The Musical di Istana Budaya dan La Cage Aux Folles di Singapura. Antara filem yang beliau bintangi termasuk Anna & The King dan Spilt Gravy On Rice. Beliau juga adalah pengasas dan penyanyi utama kumpulan TARAKUCHA!.

Ida Mariana ialah penyanyi kumpulan TARAKUCHA! dan digelar 'Queen of Kebaya Jazz', sebuah genre yang diasaskan 12 tahun yang lalu. Beliau juga fasih menyanyi dalam pelbagai bahasa dan diingati melalui penampilan yang berkesan dalam teater Puteri Gunung Ledang The Musical.

Dikenali dengan vokal yang lantang, Nikki Palikat telah memasuki pertandingan nyanyian popular seperti Malaysian Idol dan Gegar Vaganza.

Beliau pernah melahirkan album-album yang diterima baik seperti Maharani (2005) dan Hawa (2008), dan telah memenangi anugerah di Anugerah Planet Muzik and Anugerah Era. Di pentas teater, beliau terlibat dalam pementasan Cabaret (2015) dan Euphrasia The Musical (2019).

Izen Kong telah terlibat dalam banyak produksi tempatan termasuk The Legends dan Larger Than Life produksi Dama Asia, Aladdin – A Musical Comedy Reloaded dan Cabaret.

Beliau pernah membuat persembahan bersama MPO dalam konsert bertemakan The Best of Rodgers & Hammerstein, Opera In The Park produksi Singapore Lyric Opera dan That’s Entertainment terbitan PAN Productions.

Nikmati keraian cinta yang indah bersama muzik unggul MPO bersama penampilan artis-artis undangan, hanya di DFP!