Peminat Tiara Andini sepertinya sedang dimanjakan oleh penyanyi kesayangan mereka. Baru sahaja selesai dengan projek muzikalnya bersama Arsy Widianto, Tiara kini kembali meluncurkan lagu terbaharu yang diberi judul Kupu-Kupu.

Single ini sangat berbeza dengan lagu sebelumnya yang menyajikan rentak dan muzik ala K-Pop. Kali ini, Tiara memberikan sesuatu yang segar dengan membawakan nuansa muzik tarian pop ala 80-an.

Menerusi lagu ini, Tiara bekerjasama dengan Laleilmanino yang dikenali sebagai pencipta lagu-lagu hit di Indonesia. Laleilmanino juga bertindak sebagai penulis dan pencipta serta penerbit lagu.

Kupu-kupu

“Saat pertama dengar lagu ini saya langsung jatuh cinta, kerana nada-nadanya sangat nyaman didengar, dan lagunya juga sangat rancak, apalagi ini ciptaan Laleilmanino, saya sangat suka bekerjasama dengan mereka,” ujar Tiara.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Bayangkan Pontianak Sedang Berbuai Dekat Pokok Ara Sambil Menyanyi” – Ajai Dedah Inspirasi Di Sebalik Lagu Pulangkan

Lagu Kupu-Kupu merupakan lagu cinta yang menceritakan tentang dua orang yang sama-sama saling suka, namun saling tidak berani menyampaikan perasaan cinta tersebut.

“Tahu kan? Kalau sedang suka, biasanya jadi sedikit takut untuk mengungkapkan perasaan. Ini terjadi pada kedua-dua orang dalam kisah ini, padahal saling suka. Lebih kurang begitulah cerita lagunya,” ungkap Tiara.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkongsian ‘My Home Is Your Arm’ Ala Pre-Wedding Tarik Perhatian Netizen, Ini Respons Daiyan Trisha - “Saya Harap Orang Suka…”

Sementara itu, dari sudut suara, lagu ini menyajikan nuansa tarian pop 80-an yang sangat menyeronokkan, ceria, dan menyenangkan. Nada-nada yang ditampilkan juga mudah untuk ditarikan.

Pelancaran Kupu-Kupu sangat dinantikan oleh peminat Tiara yang dikenali sebagai Mootiara. Hal ini kerana, sebelum ia diterbitkan, Tiara sudah memberikan banyak pembayang bertemakan kupu-kupu yang membuat para peminat tertanya-tanya.

Semuanya bermula saat Tiara mengganti Spotify Canvas kesebelas lagu-lagunya dengan tema kupu-kupu, hingga mengirimkan pesan kupu-kupu kepada penggemarnya di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Ezra Kairo Gembira Lagu Campuran Bahasa Tamil dan Melayu, Oh My Kadhale Terima Sambutan Hangat

Hal ini tentunya membuat para Mootiara sangat teruja, mengenangkan Tiara Andini memang suka memberikan petunjuk atau hint tentang karya-karyanya.

Video muzik

Hal lain yang menggembirakan ada dalam video muzik lagu ini. Kenapa? Kerana di video muzik ini ada penampilan salah satu pelawak Indonesia, Dede Sunandar. Dan, kehadiran Dede di video tersebut menambah keceriaan pada konsepnya. Oh ya, video muzik ini adalah hasil kerja AVSLZM production, bersama Michael Budihardjo yang bertindak sebagai sutradara.

Konsep video muziknya sendiri dibuat dengan nuansa 80-an, vintage! Penuh warna-warni, latarbelakangnya juga diolah ceria, begitu juga dengan tatabusananya. Apalagi, di saat tarian Dede, Tiara, dan keempat-empat penari beraksi ria di lantai dansa.

“Saat perbincangan, saya begitu teruja dengan konsep video muziknya. Apalagi di sana juga ada Kak Dede. Ternyata hasilnya sangat bagus dan sangat memuaskan,” ujar Tiara.

Dengan pelancaran lagu Kupu-Kupu ini, Tiara berharap lagu ini menjadi tular, didengarkan
banyak orang, dan dapat menjadi sesuatu yang segar untuk dinikmati baik buat para Mootiara
serta penikmat muzik serantau.

ARTIKEL BERKAITAN: Dolla Tak Kecil Hati Dengan Anggota Kumpulan SMDX - “Bila Orang Tak Kenal, Kami Akan Terus Keluarkan Lagu…”

“Menurut saya lagunya sangat enak, dan ceria untuk dinikmati, semoga ramai yang suka, dan harap ia bakal didengari oleh banyak orang,” harap Tiara.

Jadi, tidak ada alasan untuk tidak menjadikan lagu Kupu-Kupu sebagai lagu harian kalian, yang boleh didengari sepanjang hari, kerana memang tidak membosankan, dan sangat menyenangkan untuk dinikmati.

Single ini sudah tersedia di semua platform digital. Untuk video muziknya ia boleh ditonton di akaun rasmi YouTube milik Tiara Andini.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.