Laman Utama
Giuliana Rancic Disahkan Positif COVID-19
Pengacara popular saluran E!, Giuliana Rancic mengesahkan dia positif COVID-19, lapor AWANI.
Rancic yang sepatutnya mengacarakan acara karpet merah di Anugerah Emmy berkata, selain dirinya, turut disahkan positif wabak berkenaan ialah suami dan anaknya.
Dalam mesej khas yang disampaikan menerusi video di akaun media sosialnya, Rancic berkata, dia bersama suami, Bill, 49, serta anak mereka, Duke, 8, kini menjalani pengasingan di rumah mereka.
Advertisement
"Sebagai mematuhi garis panduan yang ketat untuk E! dan NBC Universal terutama menjelang acara besar seperti ini, saya menjalani ujian saringan sebelum disahkan positif.
"Saya sangat lega kerana mengetahuinya sebelum saya melakukan perjalanan atau menjangkiti orang lain. Jadi, saya amat lega," katanya.
Tambah Rancic, dia bersama ahli keluarganya, bagaimanapun, berada dalam keadaan baik.
"Saya berharap anda semua dapat melindungi keluarga anda dan menjaga mereka daripada virus ini. Jaga diri dan semoga berjumpa di acara karpet merah seterusnya," katanya lagi.
Sumber : Astro AWANI
Must-Watch Video