Penyanyi yang popular menerusi lagu Januari, Glenn Fredly telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi dangdut Mutia Ayu, dalam sebuah majlis tertutup pada 19 Ogos lalu.

Difahamkan majlis itu diadakan secara tertutup khusus untuk keluarga dan sahabat rapat sahaja.

Perkara itu disahkan oleh adik Glenn, Moses yang memaklumkan majlis itu berlangsung lancar di Taman Kajoe, Jakarta, Indonesia.

Adik kepada Glenn, iaitu Moses mengesahkan acara pernikahan dan resepsi abang dan kakak iparnya yang berlangsung di Jakarta, Indonesia berjalan lancar.

"Minta maaf kerana teman-teman media tidak dibenarkan masuk.

"Memang majlis ini dilakukan di sini secara tertutup dan privasi. Tetapi kita memohon doa untuk Glenn dan Ayu," katanya memetik laporan Tribun News.

Majlis tertutup itu diadakan atas permintaan paasngan pengantin sendiri dan dikawal ketat oleh pengawal peribadi.

Ini adalah pernikahan kedua bagi Glenn Fredly. Terdahulu, dia pernah mendirikan rumah tangga Dewi Sandra. Perkahwinan itu bertahan selama tiga tahun sebelum bercerai pada 2009.

Sumber: Tribun News