Minggu ini program hiburan dan paling trending, Gempak Most Wanted (GMW) kembali lagi dengan pengisian yang lebih menarik dan sensasi.

Mekispun seorang lagi pengacara Amelia Henderson tiada, pasangannya Sean Lee santai tampil solo temani anda dalam semua segmen trending minggu ini!

Menariknya tetamu yang bakal memeriahkan Gempak Most Wanted malam ini adalah penyanyi Kumpulan Dolla yang kini trending dengan single serta muzik video terbaharunya berjudul Damello.

Dolla yang dianggotai Sabronzo, Syasya, Angel dan Tabby menjawab banyak soalan panas dari Sean mengenai imej seksi mereka yang mendapat kecaman ramai.

Istimewanya khas buat penonton GMW, Dolla sempat mempersembahkan lagu baharu mereka itu secara live dan unplug.

Selain itu, saksikan juga temu bual khas bersama Nadia Brian dalam Lanchang Bethol! Nadia menjawab persoalan netizen yang mengecamnya selepas dia menyatakan hasrat mahu mencari calon suami yang berstatus ustaz.

“Lebih baik pilih suami ustaz yang boleh bimbing ke arah kebaikan daripada ke neraka,” antara jawapan panasnya.

Tidak ketinggalan dalam segmen Cik Rina pula mengulas isu Mimi Lana dan Syafiq yang membatalkan pernikahan mereka serta rapper Altimet yang kini terjun ke bidang politik.

Nak tahu apa lagi yang menarik? Saksikan Gempak Most Wanted, setiap Rabu jam 11 malam di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Gempak Most Wanted juga boleh distrim di Astro Go.