Menarik minggu ini program Gempak Most Wanted menampilkan barisan pelakon filem MALBATT: Misi Bakara yang bakal di pawagam bermula 24 Ogos iaitu Zahiril Adzim dan Hairul Azreen.

Zahiril dan Hairul berkongsi pengalaman mereka berlakon dalam filem yang bakal menggegarkan pawagam bersama Amelia Henderson selaku pengacara untuk episod kali ini.

Bukan itu sahaja, menariknya lagi team GMW sempat bertemu secara eksklusif dengan pelakon Indonesia terkenal iaitu Refal Hady yang turut berkongsi mengenai filem terbaharunya berjudul Ketika Berhenti Di sini.

Selain itu, Cik Rina muncul dalam GMW minggu ini berceloteh mengenai trend NPC yang kini sedang viral di TikTok.

Perbuatan meniru karakter anime atau robot yang disebut sebagai non-player character (NPC) itu menjadi ikutan di seluruh dunia kerana mampu membawa pendapatan lumayan buat TikToker yang melakukannya secara 'live'.

Nak tahu apa lagi yang menarik?

Saksikan Gempak Most Wanted, setiap Rabu jam 11 malam di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Gempak Most Wanted juga boleh distrim di Astro Go.