Lagu Bad nyanyian kumpulan terkenal Dolla dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Lagu Trending Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted 2022.

Bad telah mengalahkan empat lagu popular lain iaitu Satu Malam Di Temasik (Joe Flozzow ft SonaOne), Gatal (Janna Nick), Casablanca (Naufal Azrin & Nuha Bahrin) dan Sayunk I Love You (Chombi).

"Wow tak sangka betul tapi shout out again to Universal Music Malaysia dan pengarah muzik video Bad dan paling penting peminat kami yang tak henti mengundi dan menyokong kami,"kata Dolla

Bad merupakan karya yang diterbitkan oleh pemuzik Sweden, Ludwig Lindell serta Karl-Oskar 'Cage' ini juga ditulis dan dicipta dalam Bahasa Malaysia serta Inggeris oleh Ludwig Lindell, Karl-Oskar 'Cage', Gummesson, dan bintang hip hop tempatan, Yonnyboii.

Lagu ini telah mencipta rekod tersendiri apabila baru sahaja satu jam diluncurkan di YouTube sudah menerima 100,000 tontonan.