Tuah ayam nampak di kaki, tuah Anna Jobling ada pada rambutnya!

Memiliki gaya rambut yang menepati pilihan penonton, Anna yang membintangi drama Syurga Itu Bukan Mudah dipilih sebagai penerima Anugerah Drama Rambut Tetap Boom di Gempak Most Wanted Awards 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya pada Ahad.

BERITA TRENDING: #GMWA23: Anna Jobling Bersyukur Tercalon 2 Kategori Dalam Gempak Most Wanted Awards 2023

Anna berjaya mengenepikan calon-calon lain seperti Tracie Sinidol menerusi drama One Million Dollar Voice, Nad Zainal (Cina Buta) dan Janna Nick (Marry Me Senorita).

Apa jadi pun, RAMBUT TETAP BOOM dengan Sunsilk Collagen Moisture Boom, kini dengan kolagen dan hyaluronic acid! Rambut jadi berkilau memukau!

Merupakan kemenangan kedua pada malam ini, drama lakonannya bersama Meerqeen, Melur Untuk Firdaus 2 turut dinobatkan sebagai Drama Tergempak sebentar tadi.