Berbekalkan filter mengubah raut wajah, video yang menampilkan Mikhail Imaan dan teman wanita berjaya mencuit perhatian netizen, sekaligus mengungguli kategori Video Tergempak pada Gempak Most Wanted Awards 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya pada Ahad.

Mikhail menewaskan empat lagi video yang turut bertanding dengan markah sebanyak 50.30 peratus. Antaranya video Nak Makan Tapi Kena Patuk Dengan Ayam (@davidvidz3) dan Freestyle Anak-Anak Kudrat (@naimdanielx).

BERITA TRENDING: #GMWA23: Naim Daniel, Jemblenggg, Mikhail Imaan, Davidvidz3 & Aizat Saha Bersaing Menerusi Kategori…

Selain itu, Mikhail juga turut berjaya mengenepikan dua calon lain iaitu video Kena Marah Dengan Ayam (@jemblenggg) dan POV Ex Aizat Saha Tak Boleh Move On (@aizatsaha).

Sehingga kini, video yang dimuat naik di TikTok itu telah menerima 10 juta tontonan.

Untuk rekod, Mikhail Imaan merupakan seorang pencipta kandungan dan juga usahawan kosmetik tidak dapat hadir dan diwakili oleh ibunya.