Pelakon Anna Jobling dinobatkan sebagai penerima anugerah Gempak Most Wanted 2023 di Gempak Most Wanted Awards 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya pada Ahad.

Menerima undian sebanyak 1,549,083 sejak undian Top 5 Gempak Most Wanted Awards dibuka pada 17 Januari lalu, Anna turut menggondol anugerah Selebriti Digital Tergempak dan anugerah Sunsilk Rambut Boom pada majlis sama.

BERITA TRENDING: #GMWA23: Sungguh-Sungguh Berkempen, Anna Jobling Serah Kuasa Sepenuhnya Kepada Peminat - "Mereka Tulang…

Selain dua anugerah individu, drama lakonannya iaitu Melur Untuk Firdaus 2 dipilih sebagai Drama Tergempak, mengulangi sejarah Melur Untuk Firdaus musim pertama pada Gempak Most Wanted 2022.

Pemilik nama lengkap Anna Ellisa Gustin Jobling itu mula dikenali selepas muncul sebagai peserta Dewi Remaja 2018/2019.

Nama mula disebut-sebut dalam kalangan peminat selepas drama lakonanya, Melur Untuk Firdaus menuai perhatian peminat dan penonton naskhah bersiri tempatan.

Gara-gara drama tersebut, karier Anna meroket sehingga ke Indonesia, menyebabkan cabang lakonannya mula mengembang di sana.

Anna turut menarik perhatian umum apabila dipilih untuk menjadi model klip video bagi lagu Bertengkar Manis nyanyian Datuk Seri Rossa.