GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024
#GMWA24: Gandingan Duet Insomniacks dan Nabila Taqiyyah Menjadi, ‘Belum Mulai’ Dinobat Video Muzik Tergempak, Kalahkan Aina Abdul
Lagu Belum Mulai yang dinyanyikan oleh Insomniacks & Nabila Taqiyyah dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Video Muzik Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted 2024.
Belum Mulai dengan undian 59.4 peratus telah mengalahkan empat lagu popular lain iaitu Classic (DOLLA), OMK (Zubir Khan ft Ezra Kairo) dan Masing-Masing (Ernie Zakri & Ade Govinda), Puas Sudah (Aina Abdul).
Lagu ini juga merupakan lagu pertama kolaborasi Insomniacks bersama penyanyi asal seberang itu.
Hasil ciptaan oleh komposer Indonesia, Clara Riva dan S/EEK muzik video Belum Mulai telah memperoleh sebanyak 2.1 juta tontonan di Youtube.
Must-Watch Video