Skip to main content

Trend Pasaran

"#GoHalal" - Atikah Suhaime, Awi Rafael Sah Bertunang

atikah-awi-header.jpg
Pasangan selebriti kelahiran Singapura, Atikah Suhaime dan Awi Rafael, telah selamat mengikat tali pertunangan sebentar tadi.

Berita itu disahkan Atikah sendiri menerusi perkongsian video di laman sosial Instagramnya.

Dalam entri terbabit, ibu Awi dilihat menyarungkan cincin ke jari manis pelakon terbabit yang menyarung persalinan biru.

"Ya... Saya terima lamaran ini dan dengan itu secara rasminya saya bergelar tunang Awi Rafael," tulis Atikah.
 

Sebelum itu, Atikah turut memuatnaik Insta Story di akaun Instagram miliknya, hari ini.

Semalam, artis jelita berusia 27 tahun itu mengungkapkan kata-kata dirinya percaya Tuhan akan mempermudahkan segala perancangan, tanpa menyebut lebih lanjut berhubung perkara itu.

Pada majlis terbabit, Awi pula segak dengan mengenakan sut hitam ketika bergambar bersama tunangnya yang menyarung dres nude.

Berita pertunangan itu sudah tentu mengejutkan banyak pihak memandangkan kedua-duanya tidak pernah digosipkan bercinta, sebelum ini.
 
 

ATIKAH SUHAIME #hairdobyROZLANASSIR

A post shared by Rozlan Nassir (@rozlanassir) on


Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: IG @therealatikahsuhaime

Must-Watch Video

Advertisement